Dengan Kuasa Selawat 1,000 Kali ,Ajaibnya Solat Sunat Wanita Hampir Muflis Bangkit Semula ,Tak Sangka Gaji RM20K Boleh Jatuh Terduduk.

Setiap orang tentunya mahu hidup senang dilimpahi dengan kekayaan dan kemewahan.

Namun hakikatnya sama ada senang atau susah, semuanya boleh berlaku dalam sekelip mata termasuk dihimpit masalah kewangan.

Seorang wanita berkerjaya diuji dalam hidup sehingga hampir diisytiharkan muflis kerana terjerat selepas membuat pinjaman dengan pemberi pinjam wang berlesen (PWB).

Dengan gaji yang lumayan, dia memiliki kereta mewah dan sebuah rumah semi-D berharga setengah juta ringgit.

“Saya seorang pengurus yang bergaji RM15,000 hingga RM20,000 setiap bulan. Pada 2023, saya diuji dengan ujian ekonomi dan suami sakit.

“Daripada pendapatan sebegitu banyak, jatuh kepada RM3,000 sahaja setiap bulan dengan komitmen yang tinggi. Tahun 2023 saya hilang semua,” luahnya di grup Facebook.

Ujian itu ternyata memberi tamparan cukup hebat kepadanya sehingga terpaksa mengubah gaya hidup.

“Langkah pertama yang saya buat adalah downgrade semua daripada rumah semi-D yang saya sewakan, dan tinggal di kondominium dan kemudian hanya di apartmen biasa.

“Daripada ada kereta mewah, saya jual semula tanpa dapat satu sen pun pulangan sebab kereta masih baharu. Saya kemudian guna kereta buatan tempatan sahaja.

“Tapi saya kena tipu apabila kereta tu diambil semula oleh pemilik sebab ada yang nak beli dengan harga lebih tinggi. Jadi kami hanya guna motor sahaja,” ujarnya.

Mengakui sedih dengan dugaan yang menimpa, dia bagaimanapun akur dengan kehendak takdir.

Bercerita lanjut, dia ke Jabatan Insolvensi pada Disember lalu kerana mahu menyelesai kesulitan yang dihadapi.

“Saya bayar bawah RM500 sebulan untuk hadap hidup lebih tenang memandangkan masih sewa rumah dan ada pinjaman (PWB) yang agak tinggi,” jelasnya.

Doalah, minta sungguh-sungguh pasti Allah tunjukkan jalan.

Dalam beberapa bulan yang ‘sakit’ itu, dia mendekatkan diri kepada Tuhan dengan mengamalkan 

selawat dan istighfar 1,000 kali setiap hari serta solat taubat khusus untuk melunaskan hutang memandangkan pinjaman yang dilakukannya itu mempunyai unsur riba.

Pada masa sama, wanita itu turut melakukan solat tahajud agar Allah membukakan pintu rezeki dan jalan keluar untuk hidup tenang tanpa dibelenggu hutang.

“Audit diri sendri, jaga hubungan dengan Allah, suami atau isteri, ibu dan ayah kita, adik-beradik serta kawan-kawan. Kadang-kadang ini asbab sukarnya rezeki kita,” tambahnya.

Di saat buntu mencari jalan penyelesaian, tanpa diduga suaminya dikurniakan satu tugasan dengan tawaran yang lumayan.

“Suami dapat satu job yang hanya seminggu punya kerja. Allah bagi rezeki RM20,000. Tak ada kata lain selain air mata yang mengalir. 

Kami buat keputusan untuk tidak terus memufliskan diri di usia 30-an,” katanya lagi.

Menurut wanita itu, dia hanya mahu berkongsi pengalaman yang dilaluinya untuk dijadikan iktibar oleh masyarakat.

“Di saat tak ada seorang pun boleh tolong, berbalik la pada yang Esa. Doalah, minta sungguh-sungguh pasti Allah tunjukkan jalan. Istiqamah, jangan sehari dua beramal terus nak result cepat.

“Sabar, Allah pasti bagi jalan. Kuatkan semangat untuk orang-orang yang tersayang. Kita kena yakin daripada hati bahawa Allah yang akan tolong kita. Doa kita… Allah pasti makbulkan,” katanya.

Sumber:Mstar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *