Demi Cinta , Wanita Rela Nikah Tiada Wang Hantaran .Selepas Kahwin Nafkah Pun Tak Diberi.
Isu hantaran dan mas kahwin pasti menarik perhatian masyarakat sehingga kadang kala mencetuskan perdebatan di media sosi4l.
Bagi ibu bapa atau bakal pengantin zaman dahulu, taraf pendidikan dan pekerjaan semasa menjadi penentu untuk ‘meletakkan harga’, tetapi kini wanita moden lebih mengutamakan rasa cinta terhadap pasangan.
Menyedari berlaku perubahan mentaliti tersebut, se0rang wanita tampil memberi buah fikiran di laman X tentang kepentingan wang hantaran dalam kehidupan berumah tangga.
Menurutnya, seorang wanita perlu bertegas tentang wang hantaran sebelum melangsungkan perkahwinan supaya dapat ‘mendidik’ pasangan mengenai tanggungjawab selepas berkahwin.
“Sebelum kahwin jangan cakap tak kisah tak ada duit hantaran. Dah kahwin jangan cakap tak kisah tak dapat nafkah.
“Sepatutnya dari sebelum berkahwin lagi awak kena educate bakal suami bahawa jadi lelaki itu banyak t4nggungjawabnya,” ciapnya ringkas.
Mengetahui pandangan yang dilontarkan mendapat pelbagai reaksi neg4tif, ujarnya, ia dibuat sebagai peringatan dan nasihat kepada golongan muda supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Malah katanya, sejak kebelakangan ini, terdapat ramai pasangan yang telah berkahwin meluahkan masalah rumah tangga yang dialami di media sosi4l termasuklah isu nafkah.
Aku macam tu 18 tahun lepas. Tak mahu duit hantaran sebab sama-sama posting, masa nak kahwin ayah suami pula kena k4nser.
“Mungkin ada yang gembira apabila tak ada hantaran mahupun tak terima nafkah daripada suami… tapi yang tak best adalah ada yang salam mein, salam bina, hei ngl, hai warga KRT (kisah rumah tangga) dan mengadu pelbagai masalah,” tambahnya lagi.
Bagi wanita ini, hantaran yang ditetapkan dapat membantu golongan lelaki menjadi lebih peka tentang tanggungjawab dan berusaha untuk masa hadapan rumah tangga.
Menjengah ke ruangan komen, meskipun kebanyakan pelayar wanita bersetuju namun terdapat juga yang menyelar pendapatnya dan menganggap ia sebagai tidak bertimbang rasa.
“Kawan saya dalam proses nak berkahwin tanpa duit hantaran dan akad nikah pun di pejabat agama… majlisnya pun tak tahu bila nak buat. Lagi terkejut adalah,
bakal suami dia berhenti kerja dan sekarang menganggur sebab cakap nak buka bisnes, tapi nak buat selepas dah akad nikah.
“Setuju tentang nafkah tapi bukan duit hantaran. Saya kahwin dan mentua sendiri yang tak mahu duit hantaran tu… bukan tugas bakal isteri educate suami tentang t4nggungjawab tetapi lelaki itu sendiri perlu belajar agama.
“Tapi hantaran bukan t4nggungjawab lelaki ya. Dia nak bagi, dia bagi… tak mahu sudah!
“Aku macam tu 18 tahun lepas. Tak mahu duit hantaran sebab sama-sama posting, masa nak kahwin ayah suami pula kena k4nser… Alhamdulillah, hidup berkat dan perkahwinan bahagia dengan tiga anak, tiga rumah dan dua kereta,” ujar beberapa warga maya.
Sumber:Mstar