Demam 3 hari selepas balik dari bazar, bayi meningg4l setelah ibu terdengar batuk manja! Sering hadir dalam mimpi seolah2 masih ‘hidup’

KETERUJAAN bergelar ibu baru sahaja dirasai namun tiba-tiba wanita berusia 30 tahun ini diuji dengan kehil4ngan cahaya mata yang memasuki usia lima bulan.

Meskipun masih dalam keada.an sedih, dia tetap tegar menasihati para ibu tentang bahaya penyakit batuk berkahak dan demam seperti mana yang berlaku terhadap anak kecilnya itu.

Menerusi perkongsian di media s0sial, dia menceritakan semula permulaan kesihatan anak lelakinya, Muhammad Aydeen Maleeq merosot.

“Hari pertama 7 April pagi… arw4h demam, batuk dan selesema. Selepas berbuka, kami bawa pergi klinik untuk buat pemeriksaan serta sedut gas bagi mencairkan kahak.

Maleeq lahir pada 17 November 2022.

“Masa ni doktor nyatakan yang dia baru nak demam dan diberikan ubat demam cecair, cough patch dan nose spray. Manakala tiada ujian C0vid-19.

“Selepas itu, dia kelihatan lega sikit dan tidur semasa dalam perjalanan balik dari klinik. Apabila sampai rumah, masa nak tidur tiba-tiba dia tak berasa selesa dan sentiasa nak dipegang,” ujarnya yang turut menyatakan anaknya tidak tidur lena sepanjang malam tersebut.

Suhu badan Maleeq menjadi panas pada hari kedua dan dia tidur sedikit lama selepas dimandikan namun menunjukkan kurang selera untuk menyusu.

Nur Esyriffa merupakan anak jati Melaka.

Keesokan harinya (hari ketiga), dia mula tidur lebih lama dan lena kerana hanya mengalami batuk-batuk.

Bagaimanapun, kain basah masih lagi diletakkan di atas kepala dan bawah badan bagi mengelakkan suhu badannya kembali panas.

“Lepas berbuka, kami pegi ke klinik untuk neb kali ketiga seperti yang diminta doktor. Masa menunggu di depan klinik, dalam 30 minit nampak mukanya sangat ceria seperti sudah kebah.

“Pada hari keempat, dia yang sering bangun awal tiba-tiba bangun pada jam 9.45 pagi. Lepas bangun, arwah buka mata seperti termenung dan tidak ceria.

“Semasa keluar rumah untuk jemur baju, terdengar Maleeq batuk manja tapi sesudah selesai menjemur, saya tengok dari jauh macam dah tak bernafas.

“Saya cuba kejut dia tapi tiada tindak balas. Saya hubungi suami dan bergegas ke hospital dalam 10 minit di kecemasan doktor maklumkan keadaannya kritikal 50/50 dan pakar nyatakan dia tak dapat diselamatkan,” katanya.

Mengungkap kisah pilu, Nur Esyriffa Ahmad Zahidi ketika dihubungi mStar berkata, laporan bedah siasat yang dilakukan pada 10 April lalu masih belum diperoleh dan perlu menunggu kira-kira tiga bulan.

Menceritakan punca anaknya demam, dia yang bekerja sebagai kerani berkata sebelum kejadian mereka pergi ke bazar untuk mencari keperluan raya.

“Kami berada di sana cuma sekejap, lokasi pula tidak sesak sebab pergi awal. Cuma masa ni, hanya ada orang yang pegang tangan dan sentuh pipi dia sahaja… tak ada angkat dukung mahupun cium.

“Siapa sangka, Maleeq akan demam dan meningg4l dunia pada 19 Ramadan (10 April) semasa umurnya 4 bulan 3 minggu.

“Lagipun nafas Maleeq tiada bunyi ‘krok krok’ sebaliknya batuk yang dialami agak teruk malah semua simptom bermula selepas demam hari kedua,” luahnya sayu sambil menambah nafas anaknya semakin laju pada hari keempat semasa dia terlelap di depan televisyen.

Maleeq merupakan anak pertamanya selepas dua bulan bernikah pada 11 Februari 2022.

Nur Esyriffa dan suaminya sering menziarahi pusara arwah Maleeq.

Berkongsi cerita, anak jati Melaka ini berkata, sepanjang ‘pemergian’ Maleeq, dia dan suaminya sukar melelapkan mata kerana rindukan arwah.

Malah dia pernah bermimpi seolan-olah arwah anaknya masih hidup.

“Mimpi tu macam arwah masih hidup dan saya masih menjaganya seperti biasa. Bangun sahaja dari tidur, saya menangis sedih.

“Suami tak pernah mimpi. Tapi suami selalu rindukan arwah… kami berdua akan melawat kubur arwah dalam tiga kali seminggu,” luahnya lagi.

Terdahulu, perkongsiannya itu menjadi tular sehingga ditonton lebih 700,000 pelayar TikTok.

Sumbar; Mstar