Dayang Trisya Lantang Bersuara Isu Palestin , Tak kisah Hubungan kerjaya Dengan Jenama Antarabangsa Terjejas

Daiyan lantang bersuara isu Palestin, pelakon dan model wanita Daiyan Trisha akui dirinya punya prinsip yang tersendiri dalam melaungkan isu Palestin. 

Malah dirinya juga telah menyumbang sebanyak RM20K menerusi Persatuan Cinta Gaza Malaysia.

Malah wanita yang juga sering menjadi model dalam memperagakan jenama-jenama antarabangsa akui dia tidak kisah jika hubungan dengan jenama-jenama antarabangsa tersebut terjejas.

Seperti yang kita ketahui perkembangan terkini perang Israel-Palestin sebenarnya juga akan menaikkan semangat umat Islam di seluruh dunia menentang kekejaman rejim Zionis.

Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Daiyan akui dirinya merupakan penyokong kuat yang sentiasa memberi dukungan dan solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin.

“Assalamualaikum,

“Mungkin posting ini akan memberi kesan terhadap hubungan kerja saya dengan jenama-jenama antarabangsa tetapi apabila tiba masanya untuk saya berdiri teguh atas prinsip saya, saya tidak boleh berdiam diri untuk masa yang lama.

“Rezeki ada dimana-mana, dan Allah telah memberi saya kejayaan dan kebahagiaan yang tidak pernah saya bayangkan selama ini alhamdulillah. Dan oleh itu di saat-saat gentir ini saya tak akan pernah boleh berdiam diri dan membelakangkan agama saya, 

kepercayaan saya dan paling utama, saudara-mara saya di Gaza yang sedang bertarung nyawa, dibunuh, diperlaku dengan sangat kejam dan dirampas segala hak kemanusiaan mereka.

“Mereka didiamkan sementara dunia disuap propaganda zionist yang sudah terang lagi bersuluh sebuah penipuan yang tidak masuk akal. Selama ini saya kerap bersuara, 

dan saya tidak akan berhenti di sini hanya kerana saya mulai diiktiraf di persada yang berbeza – malah saya akan bersuara dengan lebih lantang. dunia kita sudah makin hampir di saat-saat akhir. 

jika ada masa yang tepat untuk kita bersuara dan melawan, ia adalah sekarang.

“I STAND WITH PALESTINE. 🇵🇸

“The world will witness your victory. and we will stand by you through and through. when we have Allah, we have everything. and nothing else matters.

“All of my heart and every fibre of my being is with you

“Saya sudah pun menyalurkan RM20k menerusi Persatuan Cinta G AZ A Malaysia @cintagazamalaysia, and i encourage everyone to donate within your means. links for donation is on my ig stories.

“Sedekah, doa, percaya, lantang, berani.

“Mudah-mudahan kita semua sentiasa diberkati, dilindungi, dikasihi oleh Yang Maha Satu, Yang Maha Agung.

“Semua untuk-Nya.

“Bermula dari-Nya.

“Dan akan berakhir dengan-Nya jua” luah Daiyan Trisha.

Sumber :  Instagram Daiyan Trisha