Datuk Aliff Syukri Paling Tegas Bab Solat Mahu Anak Berjaya “Wajib Solat Maghrib Dan Isyak Bersama”
“Menjadi seorang ayah adalah momen terindah dalam hidup saya.” Begitu luahan Datuk Sri Aliff Syukri .
Menerusi sesi live penerima award itu, Datuk Aliff turut berkongsi cerita kepayahannya membesarkan keenam-enam anaknya yang penuh dengan cabaran.
Walau dikec4m dan dih1na oleh masyarakat, namun akui Datuk Aliff lagi, semua usaha yang dilakukannya hari ini demi keenam-enam cahaya matanya.
“Saya berkahwin pada usia cukup muda, iaitu 20 tahun. Menjadi seorang ayah pada usia cukup muda bukanlah senang.
“Sebab mak saya tak pernah ajar erti kemewangan, pandai-pandailah cari duit sendiri lepas dah k4hwin. Itu yang mak saya pesan lepas kahwin.
“Jadi ayah kepada enam cahaya mata bukan mudah. Tambah pula anak saya yang keenam ni paling suk4r dijaga. Lepas maghrib saja dia dah mula men4ngis. Memang mencabar walaupun saya ada pembantu untuk setiap anak.
“Saya boleh tabik kepada mak ayah diluar sana yang bekerja dan hantar anak pada pengasuh dan balik kerja uruskan anak lagi. Saya memang respect,” ujar Datuk Aliff berkongsi memulakan cerita.
Ayah yang tegas dan g4rang
Disebalik kontr0versi demi kontr0versi yang tular hingga membuatkan ramai yang pandang sebelah mata, Datuk Aliff Shukri memperlihatkan sisi kebapaan yang selama ini tidak pernah dikongsikannya.
Malah 4kui Datuk Aliff lagi, di rumah dia adalah bapa yang paling tegas dengan anak-anak.
“Usia saya dah 33 tahun, saya terk3jut anak-anak saya dah semakin besar. Yang sulung dah 16 tahun, anak kedua pula 14 tahun. Sebelum ini tak sedar diri.
“Saya setiap hari wajib solat Maghrib dan Isyak berjemaah dengan anak-anak walaupun keadaannya huru h4ra. Setiap minggu saya akan buat tazkirah.
“Satu hari Ces (Khadeja) bagitau saya dia tak boleh sembahyang, saya meng4muk waktu itu. Main-main nak, birthday party nak pergi tapi tak nak sembahyang. Mana saya tak meng4muk tapi rupanya…hal perempuan.
“Waktu itu saya terk3jut, rupanya anak saya dah besar. Dulu saya gomol-gomol dia waktu kecil, ganyang-ganyang kalau bangun lambat. Rupanya dia kini dah besar.
“Saya ni memang gar4ng sangat dengan anak-anak tapi Tuhan saja tahu betapa sayangnya saya pada anak-anak.
“Sekarang dah besar kalau nak ke mana-mana saya akan pastikan ada pengawal ikut, jaga batas dia. Saya memang nak anak saya jadi orang yang baik-baik,” ujarnya lagi.
“Saya ni orang sus4h, duduk rumah flat. Bila ada anak, saya tak m4lu nak bagitau semua saya gagal SPM, tak habis baca Al-Quran, ada penyakit disleksia, tak pandai Bahasa Ingeris tapi anak-anak saya, saya nak mereka berjaya.
“Saya hantar mereka ke sekolah mengaji, Islamic School, belajar Mandarin, kelas Bahasa Arab sebab saya tak nak jadi macam saya.
“Saya tak nak anak anak jadi macam saya. Tak buat benda jahat, patuh solat dan itu sudah buat hidup saya lengkap,” luah Datuk Aliff lagi.
“Menjadi seorang ayah adalah momen paling indah buat saya. Saya tak tau nak bagitau macam mana strugglenya relationship saya dengan isteri. Bukan satu perkara yang senang.
“Doa saya kepada semua yang ada anak, sayangilah isteri, anak-anak, bahagiakan mereka dan rasakan nikmatnya. Saya rasa cukup bertuah ada ibu, isteri dan anak-anak yang menyokong hidup saya.
“Cerita kita hanya kita tahu, untuk memiliki keluarga yang bahagia ini, tanpa perlukan pengorbanan yang kuat daripada isteri agak mustahil buat saya.
“Buat anak-anak abah, abah minta maaf kalau selama ini didikan abah ada yang terpukul, termarah, ada yang terhina, abah buat ni semua demi anak-anak abah. Biar orang hina tapi abah buat ini untuk anda semua,” kata Datuk Aliff seb4k.
Sumber:hm