Datuk Ahmad Tarmimi terlewat 30 minit, terkil4n tak dapat ziarah Hail Amir

Datuk Ahmad Tarmimi terkilan apabila tidak berkesempatan melawat rakan baiknya Allahy4raham Datuk Hail Amir semasa menerima rawatan di Hspital Kuala Lumpur (HKL) sejak seminggu lalu.

Tarmimi atau Ahmad Tarmimi Siregar Mohd Kamal, 74, memberitahu dia terlewat 30 minit sebelum arwh disahkan mninggal dunia pada petang Isnin.

“Saya dapat khabar tentang keadaannya dua hari lalu tapi tapi saya sibuk dan baru berkesempatan menziarahinya semalam.

“Tapi saya terlewat 30 minit sebelum dapat berita arwh sudah mninggal dunia. Itu yang buat saya terkilan sangat,” katanya

Hail disahkan mninggal dunia kira-kira pukul 3.48 petang Isnin selepas seminggu dimasukkan ke HKL akibat batuk berterusan sebelum disahkan mengalami j4ngkitan kuman pada paru-paru.

Kata Tarmimi dia akan merindui gurauan kasar bersama arwh selain menyifatkan Hail sebagai rakan yang baik dan mudah didekati.

“Selepas ini kami sudah tidak boleh bergurau kasar lagi… dia senang didekati dan seorang penyayang.

“Puasa baru ini kami ada berjumpa… walaupun sudah berusia dan bawa hal masing-masing tapi kadang kala kami bertemu juga,” kongsinya lagi.

Sementara itu, komposer Datuk Chuari Selamat menyifatkan Allahy4rham sebagai sahabat yang baik malah tidak pernah melupakan pencipta setiap lagu dendangannya.

Kata Chuari, dia sudah menulis hampir 100 buah lagu sejak album pertama arwah iaitu Wajah Kesayangan Hamba malah pelbagai kenangan kenangan tercipta sejak berkerjasama.

“Bagi saya, arwh adalah seorang penyanyi mudah menerima lirik yang saya tulis. Jadi, banyak kenangan bersama arwh, dia sangat mesra dan sentiasa ingat kepada kawan.

“Bila dalam majlis yang dia menyanyi, dia takkan lupa menyebut lagu itu ciptaan siapa kerana ada sesetengah penyanyi selalu lupa perkara itu. Jadi, itu antara kelebihan yang ada pada arwah,” kongsinya.

Menurut Chuari, arwah layak digelar sebagai seorang peghibur yang hebat memandangkan bakatnya tiada tandingan.

Jelasnya, Hail bukan sahaja mampu menyanyi dengan baik namun bakatnya dalam lakonan dan juga pernah menjadi penari suatu ketika dahulu.

“Daripada segi lakonan sejak filem pertamanya, watak dibawakan arwh sangat baik dan memberi kesan kepada saya. Saya sangat terkesan dengan lakonannya.

“Saya rasa walaupun dia mula dengan penari sebelum menjadi penyanyi dan pelakon, dia boleh digelar seorang penghibur. Dia juga sangat menjaga hubungan dengan rakan,” katanya.

Sumber:mstar