Dato Vida Namakan Pusat Tahfiz Dengan Nama 2 Arwh Anaknya”Tahfiz Al Zuhdie Wa Zikrie , Hampir Siap”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida meluahkan rasa syukur apabila pusat tahfiz yang sedang dibangunkan hampir siap sepenuhnya.

Tahfiz nama arwh anak

Menerusi perkongsian di TikT0k, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 52, berkata kos penubuhan pusat tahfiz tersebut ditanggung sendiri oleh dia dan syarikat miliknya.

Alhamdulillah sekolah tahfiz saya hampir siap. Sudah 99% siap sekolah tahfiz ini.

Tahfiz ini ditanggung sendiri oleh saya dan syarikat saya.

Dalam video sama, Vida atau mesra denga sapaan DSV turut berkongsi pemandangan di luar kawasan tahfiz berkenaan.

Sementara itu, usahawan asal Kelantan itu berkata dia akan menamakan pusat tahfiz tersebut dengan nama dua orang arwh anaknya iaitu Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie.

Dulu saya nak letak nama tahfiz ini Tahfiz DSV, tetapi saya tukar letak nama dua putera saya di syurga. Jadi namanya Al Zuhdie Wa Zikrie.

Sekadar info, Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie dilaporkan telah meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Ipoh pada Ogos 2013.

Sumber: TikT0k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *