Datin Anne Ngasri syukur, berjaya genggam diploma KLTVET pada usia 39 tahun
Datin Anne Ngasri syukur kini berjaya menamatkan pengajian peringkat dipl0ma dari Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET), baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, dia berkongsi kenangan manis itu sambil menggayakan jubah k0nvokesyen untuk tatapan para pengikutnya.
Difahamkan, Anne yang kini aktif dalam dunia politik luah rasa gembira apabila cita-citanya untuk mengenggam Diploma Profesional Kemahiran (RFEL) KLTVET akhirnya tercapai.
“With every milestone that I’ve come across, there’s always been a little note at the bottom that’s said, ‘Alhamdulillah Allahumma Barik’,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen termasuk rakan artis menzahirkan ucapan tahniah buat ibu kepada enam cahaya mata itu selain mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
Selain aktif dalam politik bersama suami iaitu Datuk Mohd Sumali Reduan, Anne turut bergelar penerbit dan menubuhkan AN Universal Sdn Bhd demi kesinambungan minatnya terhadap dunia seni.
Selain itu, Datin Anne turut mengusahakan perniagaan tudung bawang premium jenama sendiri iaitu Annengasri Exclusive yang mendapat sambutan sangat baik.
Sumber: Instagram