Dari Perlis, pelajar sado balik Kelantan buat kerja amal kutip sampah di pantai… Pelik tong disediakan tapi tak reti guna!

SEORANG pelajar mengumpul lebih 82,000 pengikut di aplikasi TikT0k kerana rajin berkongsi video berkaitan senaman dan kecergasan.

Dikenali sebagai Muhammad Al-Aiman Mohd Noor, dia bagaimanapun baru-baru ini tampil dengan content berbeza apabila berk0ngsi video ketika membersihkan Pantai Bisikan Bayu, Kelantan.

“Guys hari ni kita buat content berbeza sikit. Saya tengah cuci pantai dekat T0k Bali. Kumpulan kami tengah cuci sampah-sampah.

Video yang dikongsi Aiman menerusi TikT0k.

“Tak tahu la kenapa ramai yang buang sampah, padahal tong sampah ada je,” ujar pelajar berusia 21 tahun itu.

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Aiman turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu yang meros4kkan panorama pantai berkenaan.

“Saya kini sedang praktikal di Kelantan. Syarikat tempat saya praktikal yang anjurkan program membersihkan pantai. Program itu dibuat sebab nak beri kesedaran kepada orang ramai tentang sikap membuang sampah merata-rata.

“Sejujurnya saya rasa kecewa tengok keadaan sampah. Orang luar datang sebab mereka nak tengok tempat kita. Bila kotor ni, rasanya tak patutlah. Selain orang tempatan, ada juga orang luar yang turut buang sampah merata-rata.

“Kalau nak berkelah, barbecue dan sebagainya, bawalah plastik sampah sendiri supaya sisa-sisa boleh dibuang terus ke dalam tong sampah. InsyaAllah kalau ada lagi program ini, saya akan sertai,” ujarnya.

Di ruangan komen video TikT0k itu, beberapa netizen turut meluahkan kekecewaan terhadap masalah sampah Kelantan dan tak kurang juga memuji usaha murni peserta program berkenaan.

Bercerita mengenai dirinya, Aiman yang juga pelajar Diploma Sains Komputer di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis berkata dia mula menceburi bidang kecergasan sejak berusia 12 tahun.

“Dalam bidang fitness ni, permulaan saya pelik sikit. Orang lain masa kecil main bola, saya umur 12 tahun dah masuk gim. Masa sekolah rendah, saya rasa lembik sebab asyik kalah main gusti lengan.

“Jadi member saya ajak work out di gim. Bila dah mula masuk gim, saya selalu menang lawan gusti lengan dengan kawan-kawan. Masa tu pergi gim guna duit sekolah, RM6 sekali masuk,” ujarnya.

Aiman merangkul dua gelaran juara tahun lalu.

Kata Aiman yang turut bekerja sambilan sebagai jurulatih kecergasan, dia pernah menyertai pertandingan bina badan pada tahun 2021 dan berjaya merangkul dua kali gelaran juara.

“Saya mula bina badan masa tingkatan empat. Kemudian lepas dapat sijil tahun lepas, saya latih lapan orang client. Tahun lepas juga saya masuk dua pertandingan.

“Saya menang dua-dua pertandingan. Satu untuk kategori junior, yang satu lagi untuk kategori bawah 65 kilogram (kg),” ujar anak bongsu daripada enam beradik itu.

Anak jati Kelantan ini mula bersenam di gim sejak berusia 12 tahun.

Menurut Aiman lagi, bidang kecergasan turut memberi impak positif buatnya dari aspek kesihatan serta keyakinan diri, khususnya untuk berdepan dengan orang ramai.

Malah, dia turut merancang untuk menukar bidang pengajian di peringkat ijazah bagi merealisasikan hasratnya bergelar guru sukan satu hari nanti.

Sumbar; Mstar