3 jam jalan kaki dari Beranang ke Kajang dapatkan nasi kukus percuma, bapa ini buat netiz3n luluh hati

Berjalan tiga jam sejauh 16 kilometer demi makanan percuma kerana kesempitan hidup, hati penulis luluh mengikuti kisah bapa ini. Tidak meminta-minta tetapi mengunakan kudrat menapak dari Beranang hingga ke Taman Jasmin,

Kajang, kesnya benar menghiris hati pengguna laman sosi4l.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan kejadian yang menimpa lelaki itu.

“Hasil dari kerjasama orang ramai, kami berjaya menjejaki bapa tersebut. Siasatan mendapati si bapa tinggal bersama enam orang tanggungan termasuk bayi berusia 9 bulan di rumah pusaka ibu mentua.

“Beliau bekerja sebagai tukang masak katering di Sungai Tangkas, Kajang dengan pendapatan antara RM800 hingga RM1800 sebulan bergantung kepada jumlah majlis yang diterima.

“Motosikalnya sudah dua minggu rosak menyebabkan beliau tidak dapat bekerja dan terputus sumber pendapatan buat seketika.

“Kini motosikal telah dibaiki dengan kos sumbangan orang luar dan abang ipar,” kongsinya.

LZS juga merungkai perbuatan lelaki itu berjalan kaki selama tiga jam baru-baru ini yang meruntun hati. Ketiadaan wang dan ada tembolok untuk diisi membuatkan lelaki itu sanggup berjalan berbelas kilometer.

“Isu beliau berjalan kaki mendapatkan makanan bukanlah atas meminta-minta, tetapi setelah melihat iklan pemegang akaun Facebook yang menawarkan secara terbuka nasi kukus bagi sesiapa yang berkehendak tanpa bayaran.

“Kami sebelum ini pernah menyalurkan bantuan kecemasan (Gharimin) kepada beliau bagi pembelian susu dan lampin pakai buang anak.

No Image Caption
“Borang asnaf Fakir/Miskin turut diberikan namun beliau memilih untuk menolak kerana ingin bekerja terlebih dahulu. Kami turut hulurkan juga wang kecemasan bagi meringankan bebanan,” jelas LZS lagi.

Lelaki berkenaan berjalan kaki dari Beranang pada jam 7 pagi.

“Rupanya sebab dia datang jalan kaki ye. Sampai kat kami, baju dia habis dah lenjun berpeluh,” katanya

Difahamkan, peniaga itu juga turut menghulurkan bantuan berupa barang keperluan. Simpati dengan nasib lelaki itu, alah mereka juga menempah Grab untuknya pulang ke Beranang.

Sumber: LZS