Dapat Soalan Bila Nak Bercerai , Wawa Zainal Bidas Netizen Biadap.

Selebriti dan usahawan terkenal, Wawa Zainal dilihat kurang senang dengan salah satu komen netizen di siaran langsung yang dibuat di media sosi4l tempoh hari.

Mana tidaknya, menerusi video yang dimuat naik semula akaun wawacosmetic.my, Wawa menyuruh pengguna akaun dikenali sebagai Mira supaya keluar dari siaran langsungnya kerana bertanya bila dia dan suami mahu bercer4i.

Tanya bila nak bercerai

Soalan tersebut dibalas tegas oleh Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal yang mengatakan individu yang menanyakan soalan sebegitu sebagai ‘sund*l’.

“Iyoo, jahatnya mulut. Eeee Mira kau sangat sund*l. Minta cerai, sund*lnya. Orang-orang sund*l tidak layak berada dalam live ini. Sila keluar,”  ujarnya.

Wawa Zainal geram soalan biadap netizen biadap

Video yang dikongsikan sekitar awal November itu kembali tular apabila isu berkenaan rumah tangga selebriti kerap dibahaskan sejak kebelakangan ini.

Dapat didengar juga yang Aeril Zafrel mengatakan bahawa tindakan mendoakan orang lain untuk bercerai sangat tidak baik.

Ramai backup Wawa Zainal

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyelar tindakan biadap netizen bernama Mira itu kerana seakan berharap agar pasangan selebriti berkenaan bercerai.

Mereka juga mendoakan agar Wawa dan Aeril terus bahagia hingga ke jannah dan perkahwinan mereka terus dijaga oleh Allah S.W.T

Untuk rekod, Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan empat anak iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzikyaa, 7, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 2.

Sumber: TikT0k wawacosmetics.my