“Kita semua depan Kaabah. Dapat rasa tak?”Sekumpulan 0KU penglihatan tunai umrah, dipimpin mutawif
Berstatus orang kurang upaya (0KU) penglihatan bukan penghalang buat insan istimewa bagi mengerjakan ibadah umrah meskipun berdepan banyak cabaran yang perlu ditempuhi.
Terbaharu, tular sebuah video memaparkan sekumpulan 0KU penglihatan mengerjakan ibadah umrah sambil dipimpin oleh mutawif.
OKU penglihatan tunai umrah
Menerusi video dimuat naik syarikat pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia), jelas kelihatan sekumpulan jemaah istimewa ini dibawa dan dipimpin oleh mutawif bagi mengerjakan tawaf.
Malah, turut jelas kelihatan seorang wanita membantu mengarahkan jemaah lain untuk memberi laluan kepada mereka menuju ke Kaabah.
“Allahuakbar. InsyaAllah, kita akan mulakan tawaf okey.
“Kita akan niat sama-sama. Terimalah umrah kami.
Mudahkan urusan kami, ibadah kami, bantulah kami, ya Allah. Bantulah orang yang membantu kami, ya Allah,”doa mereka sebelum memimpin antara satu sama lain melakukan tawaf.
Semoga peroleh pahala umrah
Pihak Andalusia juga mendoakan agar para jemaah yang dijemput menjadi tetamu istimewa-Nya memperoleh pahala ibadah umrah.
“Kenangan ini pasti diabadikan dalam sanubari mereka dan bakal ditayang semula di hadapan Yang Maha Pencipta di akhirat kelak.
“Semoga jemaah istimewa ini dapat peroleh pahala umrah yang maqbullah dan diberikan nikmat melihat satu hari nanti,”tulisnya penuh bermaksud.
Mengalir air mata, moga dipermudahkan urusan
Sumber: TikT0k