Dapat panggilan ketika di kebun, bapa ingat khabar anak mninggal cerita rekaan

Pemergian Konstabel Muhamad Syafiq dalam ser4ngan di balai polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi disangka cerita rekaan apabila bapa ingat khabar anak mninggal adalah satu penipuan.

Ahmad Said Md Piah, 65, yang mendapat panggilan daripada pihak polis sewaktu di kebun sekitar jam 8 pagi tidak menyangka bahawa

hal tersebut benar-benar terjadi selepas mendapat kepastian daripada seorang lagi anaknya yang bertugas sebagai anggota polis juga.

Dapat panggilan pukul 8 pagi

Memetik laporan dari Bernama, Ahmad Said menyatakan yang sukar untuk dirinya percaya bahawa anak ketujuh daripada lapan beradik itu mninggal dunia kerana ditembak dalam ser4ngan di balai polis Ulu Tiram jam 2 pagi 17 Mei 2024.

“Saya ingat orang hanya buat cerita atau sc4m (penipuan). Ada polis telefon maklumkan berkenaan kejadian itu…agak sukar nak percaya bila orang cakap anak pak cik, Syafiq mninggal dunia kena temb4k…memang tak sangka betul.

“Saya balik rumah cakap dengan isteri kemudian tanya abang arwh yang kerja polis di Kuala Lumpur dan dia cakap benda itu betul, arwh kena tembak,” katanya dalam sebak.

Bapa ingat khabar anak meninggal cuma ‘scam’

Ahmad Said yang juga merupakan pesara tentera menyatakan allahy4rham Muhammad Syafiq memang meminati kerjaya sebagai

anggota polis apabila sanggup berhenti belajar di sebuah koleh dalam jurusan f0rensik demi berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selepas tamat STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia), Syafiq sambung belajar dua tahun di kolej itu sebelum berhenti untuk masuk polis. Dia memang berhasrat untuk menyambung kembali pengajiannya selepas itu,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Aini Mohd Shariff, 57, menyatakan yang anaknya memang seorang yang sangat patuh dan baik terhadap orang tua.

Dia juga kerap menelefon ibunya bertanya khabar sejak bertugas di balai polis berkenaan.

“Raya baru ini arwah tak balik, tapi dia ada telefon sebab nak dekat hari jadi makcik. Arwah tanya nak makan apa, nak belanja. Betul (belanja), kawan Syafiq ada datang rumah hantar makanan.

“Arwah juga berhasrat mendirikan rumah tangga tetapi mak cik nasihat tangguh dulu sebab baru kerja dan arwh bersetuju…arwh memang jenis ikut cakap mak.

Kita sayang anak tapi Allah lebih menyayangi dia, mak cik reda,” ujarnya.

Terdahulu, Konstabel Muhammad Syafiq dan Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dilaporkan meninggal dunia susulan ditembak oleh seorang suspek yang dipercayai ada hubungkait dengan gerakan Jemaah Islamiah (JI).

Seorang lagi anggota mengalami kecederaan par4h dan sedang dirawat di hspital manakala suspek berjaya ditembak m4ti.

Sumber: OMM