Dapat Hadiah Gelang Emas , Wanita Syukur Dapat Ibu Mentua Yang Baik
Seorang wanita yang dikenali sebagai Syahidah meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan ibu mentua baik yang menyayangi dirinya seperti anak sendiri.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Syahidah di laman TikT0knya, kelihatan ibu mentuanya menghadiahkan seutas gelang tangan emas kepada kesemua menantu perempuan.
Dalam perkongsian tersebut, Syahidah turut mendoakan agar rezeki dan urusan ibu mentuanya dipermudahkan Allah selalu dalam apa jua keadaan.
“Insya-Allah the best rezeki one could ever doa for. Semoga murah lagi rezeki dipermudahkan segala urusan my mak mentua,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Ibu mentua satu dalam sejuta
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang bahagia dengan perkongsian wanita terbabit dan menganggap sukar untuk menjumpai keluarga mentua yang penyayang dan menerima menantu dengan sebaiknya.
Ramai kongsi kebaikan ibu mentua masing-masing
Bukan itu sahaja, ramai wanita juga menzahirkan kata-kata syukur apabila menceritakan kebaikan ibu mentua masing-masing sepanjang mendirikan rumah tangga.
Sumber: TikT0k @Syahidah Abu Ani