Dakwa Dengar Bunyi Bisikan , Bapa Saudara Camp4k Budak Dan Hempas Bayi Hingga Ceder4.
Seorang bapa saudara dipercayai bertind4k kejam dengan mencampak dua orang anak saudara perempuannya yang masing-masing berusia tiga tahun dan bayi berusia 40 hari di sebuah pangsapuri di Sungai Pinang, Georgetown petang semalam.
Menurut laporan Harian Metro, susp3k berusia 29 tahun itu sempat mengelar pergelangan tangan kanan miliknya sebelum mencederakan kanak-kanak tersebut yang parah di bahagian mulut dan patah kaki kiri manakala adiknya yang dihempas ke lantai mengalami pendar4han otak.
Salah seorang ahli keluarga tampil mengatakan dia terdengar ibunya, iaitu nenek kepada mngsa menjerit meminta bantuan sebelum menemukan suspek berada dalam keadaan tanpa seurat benang di badan serta berlumuran darah pada jam 3.40 petang.
Lelaki berusia 31 tahun itu berkata, insiden berkenaan berlaku sekelip mata dan dia sempat mendapatkan bantuan jiran bagi menenangkan suspek sementara ahli keluarga lain menghantar mangsa yang cedera parah ke hspital.
Dalam masa sama, dia meminta orang ramai menghormati dan menjaga privasi keluarga mereka dengan tidak menularkan kejadian tersebut selain mendedahkan suspek mempunyai masalah kesihatan sejak Jun tahun ini dan sedang menerima rawatan secara tradisional.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi Harian Metro.
Meninjau di ruangan komen, segelintir netizen menzahirkan rasa dukacita dan simpati berhubung kejadian terbabit serta mendoakan kesembuhan untuk kanak-kanak kecil dan suspek berkenaan.
Semoga urusan ahli keluarga dipermudahkan
Semoga kedua-kedua kanak selamat
Difahamkan, suspek memberitahu abangnya bahawa dia terdengar ‘bisikan halus’ dan bertind4k mengambil langkah agresif terhadap mangsa yang dijaga oleh neneknya susulan tempoh berpantang ibu mereka.
Sumber:Hm