“Dahulu Sedih, Lihat Baju Cantik Tak Dapat Dibeli Disebabkan Tiada Saiz”Aishah Sedekah Baju Lama, Sudah Boleh Sarung Saiz S

Menurut Aishah kini dirinya sudah boleh mengenakan pelbagai busana bersaiz kecil.

Aishah Sedekah Baju Lama

Pemilik nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin itu juga seperti tidak percaya dengan perubahan yang berlaku pada dirinya. Sememangnya sudah lama dirinya mahu lakukan perubahan dalam diri dan kini baru berjaya.

“Jika dahulu, saya memang tak boleh pakai saiz S, tetapi sekarang saya seolah-olah tak percaya boleh memakainya.

“Saya pergi ke pelbagai kedai mencuba pakaian saiz S kerana mungkin setiap kedai potongan berbeza-beza. Jadi, bila sudah membuat percubaan, memang sah saya boleh pakai saiz kecil.

“Ya betul (kebanyakan baju bersaiz S), baju-baju lama terpaksa disedekahkan kepada orang lain yang lebih memerlukan seperti mangsa banjir.

“Saya juga banyak memberikan kepada kawan-kawan, cuma baju ‘show’ yang lama masih ada kerana tidak tahu mahu berikan kepada siapa,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi Berita Harian.

Hanya Orang Badan Besar Sahaja Tahu

Menurut Aishah lagi apa yang dialami hanya mereka yang berbadan besar sahaja yang tahu.

“Kalau dahulu rasa sedih juga bila lihat ada baju cantik, tetapi tak dapat dibeli disebabkan tiada saiz. Perkara ini hanya orang berbadan besar sahaja tahu.

“Tetapi sekarang sudah berbeza dan itulah yang seronok. Ini kerana saya boleh beli baju baharu sebagai hadiah untuk diri sendiri.

“Sekarang dapatlah merasa pakai pelbagai baju, dahulu hanya lalu dan lihat sahaja. Apa yang boleh beli adalah beg tangan dan kasut.

“Saya cuba menyarung baju kebaya sejak beberapa tahun lalu, tetapi hanya sekarang baru boleh pakai. Jadi, itu adalah pencapaian untuk diri sendiri,” ungkapnya.

Sumber : hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *