Dahlah Cantik , Suami Pun Sentiasa Support , MuaBellaz Pesan Selalu Hargai Momen Bersama Pasangan.
Sebagai isteri, kalau kita rasa kita orang yang berjaya, tentu ada seseorang yang menjadi penguat semangat. Ada sesetangah isteri, suamilah pendukung motivasi terbaik.
Sama seperti Muabellaz. Seringkali apabila sebut tentang kejayaannya, penghargaan terhadap suami tersayang tetap ada. Untung Muabellaz.
Hantaran Muabellaz yang terkini juga dia ada menyebut tentang betapa dia bersyukur kerana suaminya menjadi tulang belakang kepada kejayaan yang dikecapi kini.
Menghadiri satu jemputan majlis dari Sugar Gold Malaysia, Bellaz yang anggun menggayakan busana rona putih dari rekaan Seth & Luna sempat mencoret di Instagram.
“Dalam setiap kejayaan saya kecapi harini, adanya tulang belakang Mat Nuart disisi. Sebab itu dari dulu apa-apa juga event/moments saya hadiri mesti saya akan bawa Mat Nuart. Ke mana jua moments sama-sama. Hehe.
Dia ada susah senang sama-sama. Pahit manis sama-sama. Mat Nuart dia pemalu sungguh. Renyeh tak lekang dari mulut. Haha…
Doakan kami kekal bahagia hingga ke syurga. Amin”
“Kenangan ni. Moment anak pertama hampa ui. Sebenaqnya anak pertama ni laa mengajaq kita banyak perkara dalam rumahtangga. Jadi lebih matang, lebih bertanggungjawab, saling bekerjasama di antara satu sama lain. Masa ni Bellaz dah start buat makeup pengantin dan makeup class.
Rezeki anak masa ni dapat job makeup, mama pi makeup pengantin dan abah duduk dalam reta(kereta) jaga Eica la. Besaq ni laa dengan ekon tak ada. Kibas dengan kertas kat anak takut anak panas. Tunggu bawah pokok selagi Bellaz tak habis makeup.
Allah anak ui kenangan betul la. Mat Nuart masa tu kerja runner. Dia akan ambil cuti kalau Bellaz ada job pengantin jauh-jauh. Hari Jumaat sepatutnya dia cuti rehat tapi dia support minat bini dia dalam dunia mekeup ni.
Mana ada pertandingan makeup semua Bellaz masuk sebab minat. Menang kalah belakang kira Mat Nuart kata.
Sebab tu Bellaz selalu tulis, kenangan harini takkan sama dengan kenangan esok. Jadi ciptalah moments hampa setiap hari. Semoga kita semua dimurahkan rezeki, Amin.
Muabellaz bukan nama asing lagi bagi ‘pencinta’ kecantikan dan solekan. Selebriti media sosial, Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali dengan nama Muabellaz ini seringkali membuat tutorial mekap secara live di media sosi4l sehingga membuatkan ramai pengikutnya menjadikan wanita sebagai rujukan dalam menatarias wajah.
Dari seorang anak yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang susah, Muabellaz bangkit dengan pengalaman dan skil yang ada untuk mengubah nasib keluarga.
Ibu yang mempunyai empat orang anak ini sudah memiliki pelbagai aset mewah hasil daripada keringatnya dalam dunia solekan.
Sumber:HM