Dah Bayar Duit RM13,000 Ketering Lesap , Keluarga Kelam Kabut Masak Untuk Majlis Sanding

Sejak semalam tular di media sosial perkongsian se0rang pengguna Fb dikenali sebagai Burhanuddin Rabbani apabila memaklumkan yang pihak mereka sudah bayar RM13,000 namun katerer lesap.

katerer tipu duit dah ambil

Susulan daripada itu, ahli keluarga telah bertungkus lumus menyediakan juadah untuk dimasak dan dihidangkan kepada tetamu yang bakal hadir dalam waktu yang cukup suntuk.

Katerer lesap, ahli keluarga gotong royong masak

Dalam pada itu, salah seorang abang kepada pengantin perempuan yang dikenali sebagai Abang Soya di TikT0k telah memuat naik proses mereka 

sekeluarga dibantu rakan-rakan dan saudara mara kelam kabut memulakan gotong royong memasak untuk majlis persandingan adiknya.

Dapat dilihat yang mereka berbelanja pada pukul 10 malam dan bertungkus lumus menyediakan juadah walaupun hanya mampu memasak satu jenis lauk sahaja dan beberapa juadah sampingan.

Kerusi meja, PA system cari sendiri sebab katerer lesap

Walau bagaimanapun, Abang Soya meluahkan rasa syukur kerana 

ahli keluarganya bersatu hati apabila masing-masing memainkan peranan dengan menyediakan semua keperluan seperti mencari kerusi meja, PA system, juadah dan pelbagai lagi bagi memastikan majlis berjalan lancar.

Syukur semua dipermudahkan

Dapat dilihat yang pengguna TikT0k itu sedikit sebak dihari majlis apabila semua urusan dipermudah dan menerima banyak bantuan daripada orang disekeliling.

Ambil tind4kan terhadap katerer

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyarankan agar ahli keluarga pengantin mengambil tindakan undang-undang terhadap katerer berkenaan kerana telah 

membuatkan pihak pengantin mengalami kerugian dan menanggung malu diatas penipuan tersebut.

Mereka juga akui seb4k melihat usaha ahli keluarga yang tetap berusaha menjadikan majlis persandingan pengantin berjalan dengan lancar dan meriah walaupun dalam keadaan agak kekurangan.

Sedih tengok situasi macam ni

 Ada yang pernah alami hal sama

Nampak ukhwah ahli keluarga tu kuat

Sumber: TikT0k najmuddin Shukor, Fb Burhanuddin Rabbani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *