“Saya baik2 je, cuma sakit bahagian tertentu”Hidap dua sindrom, Zara Zya ditahan di wad

Zara Zya ditahan di wad selepas dikesan dikesan menghidapi dua sindrom iaitu Cervical Facet Syndrome dan Lumbar Facet Syndrom dan kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan.

Memetik laporan Berita Harian, Zara berkata awalnya dia hanya menjalani pemeriksaan masalah artritis namun dinasihati supaya ditahan dan dirawat di hspital bagi pemeriksaan lanjut.

“Saya sekadar nak buat pemeriksaan untuk masalah artritis, tapi doktor sarankan saya ditahan dan dirawat untuk pemeriksaan lanjut.

“Selepas dilakukan ujian pengimejan resonans magnet (MRI), barulah saya dapat tahu ada masalah lain pada bahagian leher.

“Doktor kemudian mengesan peny4kit itu sebagai Cervical Facet Syndrome dan Lumbar Facet Syndrome pada bahagian belakang.

“Dari situ, saya turut dimaklumkan poliartritis yang dihidapi boleh mengakibatkan dua sindrom ini berlaku,” katanya.

Sementara itu, pelakon berusia 39 tahun itu turut memaklumkan dia kini berada dalam keadaan stabil walaupun terdapat sedikit rasa sakit pada bahagian lehernya.

“Setakat ini, saya dalam keadaan baik-baik sahaja. Cuma, ada rasa sakit pada bahagian tertentu yang berkaitan dengan sendi terutamanya leher,” luahnya.

Dalam pada itu, Zara masih tidak pasti mengenai tempoh masa dia akan ditahan dan dirawat di hspital memandangkan dia masih menjalani beberapa sesi fisioterapi.

“Setakat ini, doktor belum maklumkan sampai bila saya perlu dirawat di hospital memandangkan saya perlu melalui beberapa sesi fisioterapi.

“Cuma doktor berikan pelepasan untuk saya keluar sekejap memandangkan ada urusan kerja membabitkan pelanggan, semalam. Tapi, bukanlah kerja berat. Selepas selesai, saya kembali semula ke hospital,” ujarnya.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *