Cium pakaian bapa sambil menangis, Mark Adam saksi peng0rbanan isteri untuk keluarga mentua
Reaksi pilu isteri penyanyi Mark Adam ketika mengemas pakaian milik Allahy4rham bapanya yang mninggal dunia pada 5 April lalu mengundang sebak netizen.
Isteri Mark iaitu Norazah Redzuan dilihat mencium satu persatu pakaian milik arwh bapanya iaitu Redzuan Abdul Malik sambil melinangkan air mata.
Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 45, memberitahu Norazah sebak apabila terjumpa kembali baju kegemaran bapa mentuanya.
Jelasnya, dia faham dengan perasaan sedih isterinya kerana menjadi saksi semua peng0rbanan dilakukan Norazah buat kedua ibu bapanya sepanjang mereka berkahwin.
“Mengemas barang-barang abah jumpa baju melayu dan samping kegemaran abah.
“Selama ini semua benda yang dia buat hanya untuk mak dan abah dia, saya melihat segalanya dan akan akan terus berada disisi dia,” katanya.
Mark membuat perkongsian itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.
Dalam pada itu, netizen di ruangan komen turut bersedih dan mendoakan agar Mark dan isteri terus cekal dan kuat.
“Ambilah masa yang perlu untuk kuat semula, salam takziah kak.
Ayah mentua Mark menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu.
“Ayah adalah cinta pertama seorang anak perempuan, semoga kak Ezan lebih kuat hadapi semua ini.
“Saya sendiri ambik masa 1 tahun untuk kemas barang arwh ayah saya, kak Ezan memang kuat,” komen netizen.
Sumber:HM