Cinta Berputik Di Pubg , Pasangan Kekasih Kini Sah Bergelar Suami Isteri.
Berkahwin dengan orang yang kita sayang dan cinta adalah setiap impian semua orang. Tiada siapa yang mahu sesebuah ikatan percintaan tidak diakhiri dengan ikatan perkahwinan dan seterusnya berlanjutan hingga ke akhir hayat bersama.
Bermula di PUBG, akhirnya bersatu
Sama jugalah seperti pasangan merpati dua sejoli dikenali Ain dan Apis yang tidak menyangka detik pertemuan mereka melalui satu permainan video PlayerUnknown’s Battleground atau lebih dikenali PUBG di kalangan penggunanya, sah bergelar suami isteri.
Berita baik itu dikongsikan oleh kedua-dua pasangan tersebut menerusi aplikasi TikT0k mereka dan memaklumkan sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 2 September lalu.
Dalam hantaran tersebut, mereka yang sedondon berbusana serba putih kelihatan bahagia, selain pengantin lelaki diangkat oleh pengantin perempuan.
“Bermula di PUBG, berakhir di pelaminan. 2 September 2023,”tulis pengantin perempuan ringkas.
Malah, pengantin wanita juga turut berkongsi sedutan video pendek mengenai suasana sewaktu berlangsungnya upacara akad nikah termasuk menyeka air mata ketika bersalaman dengan ibu bapa
Kena buli dengan jurugambar
Sementara itu, perkongsian suaminya mended4hkan mereka ‘dibuli’ oleh jurugambar yang merakam momen hari bahagia di mana pengantin perempuan perlu mendukungnya.
“Kena buli dengan cameraman (emoji ketawa). Pekakkan telinga apa yang orang nak kata,”tulisnya.
Selamat pengantin baru
Berjaya meraih lebih 700 ribu tontonan dan 39 ribu tanda suka, rata-rata warganet tumpang gembira dan meninggalkan ucapan tahniah buat pasangan mempelai agar bahagia hingga ke akhir hayat.
Comelnya, isteri angkat suami
Malah, mereka juga dilihat sempat berseloroh dengan meminta si suami untuk berhati-hati dan tidak menimbulkan masal4h sebaik sahaja melihat kemampuan pengantin perempuan mengangkat pasangannya.
Sumber: TikT0k @moklaaa233, @puterahafizudin