Cikgu Fadli Rawat Seorang Murid Ceder4 Pada Hari Akhir Perkhidmatan . Ibu Datang Ambik Anak Bagi Respons Yang Tak Dijangka

Keputusan ‘guru viral’, Mohd Fadli Salleh untuk bersara awal daripada kerjaya perguruan ternyata mengejutkan banyak pihak termasuklah lebih 700,000 pengikutnya di Fb.

Namun siapa sangka, berlaku insiden yang tidak diduga pada hari terakhirnya dalam profesion perguruan.

Malang tidak berbau, salah seorang murid terjatuh sehingga mengakibatkan kecederaan.

Mohd Fadli yang lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli berkata, dia membawa murid berkenaan ke bilik rawatan dan dia sendiri yang merawatnya.

“Hari terakhir perkhidmatan. Ada murid j4tuh dan luka, agak dalam juga kat dagu. Terus aku bawa ke bilik rawatan.

“Tapi kental budak ni. Aku cuci luka pakai kapas lembab yang ada alkohol tu. Pedih tempat luk4 kena alkohol ni. Sikit pun tak menangis, anak jantan sungguh ni.

“Lepas tu letak krim antiseptik dan akhir sekali letak ubat kuning dan tampal plaster. Selesai semua tanpa sepatah ‘aduh’ pun. Fuh, kental sungguh,” tulisnya di Fb, pada Khamis.

Bagaimanapun pempengaruh media sosial itu berasa hairan saat dia bertanyakan tentang ibu bapa murid berkenaan untuk tujuan rawatan lanjut.

“Aku tanya nombor telefon mak atau ayah. Kena beritahu segera untuk dibawa ke klinik. Luka macam ni paling kurang kena gam, atau silap-silap kena jahit.

“Bila tanya nombor mak atau ayah dia, dia geleng kepala. Tak hafal katanya. Muka dah cuak.

“Aku bagitahu guru kelas dia minta telefon mak ayah dia beritahu kejadian ni,” ujarnya.

Cikgu Fadli mengejutkan ramai dengan keputusan untuk bersara awal.

Mengulas lanjut, kata Cikgu Fadli, murid berkenaan tiba-tiba mencetuskan ‘drama’ apabila guru kelas cuba menghubungi ibunya.

“Sebaik guru kelas telefon mak dia, terus air mata menitis laju. Cikgu, jangan bagitahu mak saya. Mak saya garang. Tak apa, saya boleh tahan pedih ni,” katanya, 

mengimbas kembali kata-kata murid itu sambil berseloroh ‘lelaki lebih rela menahan sakit luka daripada kena bebel dengan wanita’.

Di ruangan komen, Cikgu Fadli berkata, ibu kepada murid itu telah mengambil anaknya di sekolah, namun maklum balas yang diterimanya sungguh tidak dijangka.

“Mak dia dah ambil tadi. Mak dia kata, sajalah ni buat luka nak suruh Cikgu Fadli layan dia buat kali terakhir.

“Aduh, nak gelak pun ada, sebak pun ada. Lepas ni tak ada dah cerita pasal anak-anak ni,” katanya.

Nak gelak pun ada, sebak pun ada. Lepas ni tak ada dah cerita pasal anak-anak ni.

Pada Selasa malam, Cikgu Fadli membuat kejutan apabila mengumumkan dirinya akan bersara awal.

Difahamkan tempoh perkhidmatan Cikgu Fadli akan berakhir sacara rasmi pada 1 Mac depan.

Cikgu Fadli kemudian mendedahkan hasratnya untuk bersara awal daripada kerjaya perguruan sebenarnya sudah tercetus sejak hampir dua tahun lalu.

“Kenapa saya bersara awal? Sebenarnya keputusan untuk bersara awal ni hampir dua tahun lepas terutama selepas kes saya hampir dibuang tu dan berjaya ‘diampunkan’.

“Apa yang saya nampak penjawat awam ni ada banyak akta. Saya banyak terikat, walaupun kita berkata, mengemukakan fakta, ia masih tidak boleh… itu akta.

“Bila kita bersuara, perkara itu melanggar akta. Rasa macam biadab sangat, ada akta tapi saya langgar seolah-olah besar kepala, saya tak nak macam tu. 

Saya rasa lebih baik undur dulu secara terhormat dengan bersara sebagai pilihan,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook, pada Rabu malam.

Untuk rekod, Cikgu Fadli pernah tular kerana mengkrit1k sistem pendidikan negara sebelum ini.

Cikgu Fadli pada 2022 dihadapkan ke Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan susulan pendedahannya mengenai kepincangan silibus pendidikan negara.

Dia bagaimanapun didapati tidak bersalah dan tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *