Cecah Usia 33 , Ummi Nazeera Sambut Hari Kelahiran Dan Beli Kereta Reward Diri Sendiri.
20 Ogos lalu genap 33 tahun usia aktres cantik, Ummi Nazeera. Kian matang melayari kehidupan dan jelita dalam kelas tersendiri, pelakon wanita berbakat besar ini bertuah kerana sentiasa dikelilingi insan-insan tersayang dan peminat setia.
Mengenali Ummi, bintang R1sik Pada Hati ini seorang yang humble dan mesra meskipun sudah berjaya serta terkenal.
Bersempena ulang tahun kelahiran baru-baru ini, Ummi diraikan penuh meriah oleh kenalan rapat. Dia yang mengenakan persalinan jaket biru dan tudung polos warna senada kelihatan ceria dan gembira.
Kongsi Ummi, “Alhamdulillah! Officially 33. Thank you for this lovely surprise babies @shaziarozaini @theninasmith @diy. I am so grateful for this positive friendship. Alhamdulillah.
Thank you to everyone for the doa. Thanks to my husband for allowing the girls to bring me out.”
Sementara itu, suami tercinta iaitu Dr Izzar Anwari turut tidak ketinggalan memberi ucapan istimewa. “Selamat Hari Kelahiran buat isteriku yang tercinta. Terima kasih kerana menjadi isteri yang terbaik dan menjadi mummy terbaik buat Ayra dan Aysha.
Semoga Allah terus melimpahkan kebahagiaan dan rezeki yang tiada sempadan kepada kita sekeluarga. We love you, mummy. Nak marah-marah tu marah kat hero-hero drama you pun dah cukup.
Yang tu saya gembira sebab bukan saya yang kena m4rah,” selorohnya.
Lebih manis, ibu dua cahaya mata ini turut memberi hadiah buat dirinya sendiri pada 8 Jun lepas iaitu kira-kira dua bulan awal dari tarikh hari lahir yang berupa sebuah kenderaan MPV mewah berwarna putih.
Dedah Ummi, “Alhamdulillah! Finally picked up my early birthday present for myself Memandangkan hari ini hari cuti saya, sempatlah pick up. As a mother, my top priority has always been my children.
I forgot that a happy mother means happy children too. So, I decided to pamper myself and show myself that I love myself with a big gift this year. Weee and yes mothers. It feels good! Don’t forget to pamper yourself ok!”
23 Julai lepas, Ummi menyambut ulang tahun perkahwinan keenam bersama Dr Izzar. Ummi Nazeera mendirikan rumah tangga dengan Dr Izzar Anwari pada 23 Julai 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Ayra Aneesah berusia empat tahun dan Aysha Arsylia berusia dua tahun.
Sumber:hm