Cat Dinding Sebuah Homestay Menggelembung , Tetamu Terpinga Dituduh Buat Kerosakan. Deposit Untuk 2 Hari Kena Tahan.

Sudah menjadi peraturan di mana-mana lokasi penginapan, pihak pemilik akan meminta wang dep0sit terlebih dahulu dan hanya akan mengembalikannya semula semasa tetamu mendaftar keluar jika tidak ada barang yang hil4ng atau rosak.

Namun mal4ng bagi seorang individu ini apabila wang dep0sitnya ‘dibekukan’ kerana pemilik homestay tempatnya menginap mend4kwa dia melakukan kerosakan pada dinding.

Meluahkan perkara tersebut di grup Fb Tukang Apa Hari Ini, individu berkenaan berkata d4kwaan pemilik homestay tersebut

sangat tidak logik kerana dia dan keluarganya hanya berada di situ untuk bermalam sahaja dan masa selebihnya banyak dihabiskan di luar.

“Salam nak tanya biasa benda ni jadi sebab apa ya? Sebab hari tu saya ada check-in homestay.

“Tapi bila check-out, dia kata kami buat ker0sakan ni. Sedangkan masa kami duduk tu tak perasan langsung benda ni.

“Sebab kami duduk homestay tu pun cuma untuk tidur. Kami keluar 6.30 pagi dan balik pukul 10 malam terus tidur,” luahnya.

Malah tambah individu berkenaan, dia dan keluarganya langsung tidak dapat mengenal pasti bahagian dinding yang r0sak sebagaimana yang didakwa pemilik homestay tersebut.

“Kerosakan ni pun kami tak perasan di mana. Boleh jadi ke dalam dua hari kami duduk ker0sakan ni?” tanyanya meminta pandangan ahli grup berkenaan.

Individu tersebut turut memuat naik gambar dinding yang rosak serta perbualannya bersama pemilik homestay di aplikasi WhatsApp.

Owner rumah rajin-rajinlah study tentang construction… jangan pandai buat rental saja.

Menerusi tangkap layar perbualan berkenaan, pemilik homestay memaklumkan pihaknya perlu memanggil kontraktor untuk mengenal pasti kerosakan dinding itu terlebih dahulu.

Dalam tempoh itu, wang deposit individu tersebut terpaksa ‘dibekukan’ (hold) buat sementara waktu.

Menjengah ruangan komen, majoriti ahli grup berkenaan berpendapat kerosakan dinding tersebut terjadi secara semula jadi disebabkan berlakunya lembapan.

Malah mereka memberi peringatan, bimbang pemilik homestay tersebut cuba untuk memerangkap individu berkenaan demi mengaut wang secara mudah.

Pekongsian tersebut mengundang perhatian warga maya yang melontarkan pandangan masing-masing.

“Dinding dalam dah ade kesan crack, nampak kesan pada cat. Bila hujan dari luar atau ada curahan, air akan masuk celah-celah keretakkan dan merosakkan cat.

“Owner rumah rajin-rajinlah study tentang construction… jangan pandai buat rental saja.

“Sama ada owner homestay ni benak ubi atau saja nak scam tuan. Siapa-siapa tengok pun tahu benda ni bukan jadi dalam masa dua hari,” demikian antara komen netizen.

Ada juga di antara mereka yang mencadangkan individu berkenaan membuat laporan polis atas dakwaan cubaan melakukan penipuan.

Sumber:HM