Cantik Jelita Macam Ibu , Anak Erra Fazira Raih Pujian Ramai”Like Mother , Like Daughter”

Cantik persis ibu! Itulah yang boleh dikatakan mengenai Engku Aleesya, anak tunggal pelakon, Erra Fazira yang kini sudah pun menginjak usia remaja.

Menerusi satu perkongsian akaun Tik T0k, kemunculan anak kesayangan Erra Fazira yang cantik dan tersenyum malu bila dirakam wajahnya.

Lebih mencuri tumpuan, Aleesya yang kini berusia 14 tahun itu tidak mengenakan sebarang solekan pada wajahnya sekaligus mempamerkan kejelitaan semula jadi seperti ibunya.

Tampil ringkas dengan hanya berseluar denim dan top putih, gaya Aleesya menyerlahkan lagi keremajaannya. Ringkas tapi cantik.

Rata-rata warganet menyatakan kecantikan yang dimiliki Aleesya diwarisi dari kecantikan asli ibunya yang menjadi idaman ramai suatu ketika dahulu.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *