Calon SPM kongsi momen naik bot dan trak askar redah banjir“Demi segulung sijil”
calon SPM kongsi momen naik bot dan trak askar redah banjir demi memastikan diri mereka tidak tercicir dalam mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun diuji dengan bencana.
Menerusi hantaran yang dibuat pelajar dikenali sebagai qish di TikTok, dapat dilihat yang dia serta rakan-rakan menaiki bot
dikendalikan anggota tentera sebelum menaiki trak menuju ke sekolah bagi persediaan menjawab peperiksaan yang bermula pada 2 Disember 2024.
Sepanjang perjalanan menuju ke sekolah, dapat dilihat yang cuaca masih lagi hujan serta jalan-jalan dipenuhi air.
Mereka telah dibawa ke sekolah serta lokasi penempatan sementara sebelum dikumpulkan di dalam satu ruangan untuk diberikan taklimat oleh anggota tentera yang berada di sana.
Calon SPM kongsi momen redah banjir, netizen mohon doa banyak2
Situasi yang cukup menyentuh hati itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial apabila masing-masing akui sebak melihat situasi sebegitu.
Akan jadi kenangan buat mereka suatu hari nanti
Rata-rata mereka mendoakan agar urusan mereka dalam menjawab peperiksaan penting demi masa depan dipermudah dan menjadikan apa yang berlaku sebagai penyemangat dalam menjawab soalan-soalan SPM nanti.
Dalam pada itu, mereka juga menyatakan bahawa kejadian bencana alam dan situasi yang sedang calon-calon SPM di kawasan banjir sedang lalui ketika ini akan menjadi satu kenangan yang pasti tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.
Sumber: hm