Calon SPM Kongsi Sikap Pelik Ibu 10 Hari Sebelum Pergi,Banyak Petanda Tapi Masih Anggap Biasa , Siap Gelak-Gelak Dengan Arwh Ibu
Rindu yang tidak berpenghujung.
Begitulah apa yang dirasai seorang gadis bernama Finaz selepas ibunya meninggal dunia pada November tahun lalu.
Menerusi perkongsian di TikT0k, dia mengimbau setiap detik dan situasi yang dilalui bersama ibunya, seolah-olah kejadian tersebut baru berlaku.
dia menceritakan berdepan situasi itu ketika dia bakal menduduki peperiksaan percubaan dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“10 hari sebelum ibu tak ada, ibu memang mengidam banyak makanan sampaikan ada satu hari tu ibu nak makan mi segera dan dia nak jenama Cintan sahaja.
“Kita keluar cari walaupun dah pukul 11 malam. Apabila balik, ibu suruh masakkan sebab dia tak boleh nak bangun… lepas tu tengok ibu makan sikit je… terasa jugalah sebab dah penat cari tapi ibu cakap dia kenyang,” kongsinya.
Bagaimanapun, paling tidak dilupakan apabila dia diminta untuk mencuci tangan dan kaki termasuk kuku ibunya sehingga bersih.
Mengakui situasi tersebut adalah sesuatu yang janggal namun dia tidak pernah menyangka ia adalah ‘petanda’ bahawa ibunya akan pergi buat selamanya.
“Kita anggap perkara ni biasa sebab masa tu boleh gelak-gelak dengan ibu… ibu ada s4kit kanser payudara tahap 4 jadi dia tak boleh genggam tangan.
“Sambil cuci kuku, ibu cakap dia teringin nak tengok saya naik pentas tapi dapat 6A baru boleh naik pentas. Kemudian cakap pada dia ‘insyaAllah’,” katanya lagi.
Menurut gadis berusia 18 tahun ini, ibunya sering menyebut ada individu yang tidak suka melihat dia hidup dan inginkan dia mati.
Bagi melenyapkan fikiran negatif ibunya, dia akan menidakkan kata-kata tersebut dan yakin bahawa Allah akan memberikan umur yang panjang kepada insan kesayangannya itu.
Lepas dah siapkan ibu, kita selfie. Rupanya tu gambar terakhir dengan ibu dan ibu tiba-tiba minta maaf.
Bercerita lanjut, anak kedua daripada tiga beradik ini berkata, ibunya juga ada membuat permintaan aneh pada malam sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Ibu tiba-tiba cakap yang dia nak duduk bersama-sama dengan ayah sedangkan memang duduk serumah. Ayah pun pelik tapi ikut je apa yang ibu nak, ayah papah ibu pergi dapur sebab nak spend masa bersama.
“Kemudian ibu cakap nak makan roti cheese Speedmart yang merupakan makanan kegemarannya dan ayah pergi belikan… tapi ibu makan sikit je.
“Ayah keluar pula pergi beli nasi goreng dan sama juga, ibu makan sikit je… ayat last ibu ada orang tak suka ibu, dia nak ibu mati. Orang tu buat saluran nafas ibu sempit,” luahnya sayu.
Bukan itu sahaja, ibunya turut berkata bahawa dia tahu individu tersebut tetapi enggan menuduh kerana bimbang ia menjadi fitn4h.
Enggan mengambil pusing dengan perkara tersebut, dia meneruskan kerja sambilan di kedai makan seperti biasa pada keesokan paginya.
“Dari pukul 7 pagi sehingga 1 petang, kita kerja sebab nak belikan ibu chicken chop sebab hari tu ada pasar malam dan ibu nak makan.
“Balik tu nampak ibu tunggu depan pintu sebab nak kita ikut dia pergi berubat dan dia dah tak boleh bercakap. Lepas ibu mandi, kita tolong pakaikan baju semua tapi ibu cakap nak pakai telekung putih.
“Lepas dah siapkan ibu, kita selfie. Rupanya tu gambar terakhir dengan ibu dan ibu tiba-tiba cakap minta maaf ibu dah susahkan anak-anak ibu, terima kasih jaga ibu,
lepas ni jaga diri dan ibu doa anak-anak ibu berjaya dunia akhir4t… dan itu adalah doa terakhir darinya,” ujarnya.
Mengakui sangat sedih dengan situasi yang dialami, ujar gadis ini, bapanya turut meluahkan rasa tidak percaya dengan apa yang berlaku.
Bagaimanapun, katanya, mereka sekeluarga reda dengan pemergian wanita itu kerana Allah sebaik-baik perancang.
Sumber:TikTok