Isteri Baru Bersalin 4 Bulan Dital4k Suami, Gara-Gara Ibu Mentua Tak Suka
Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga, pasti inginkan rumahtangga mawaddah, sakinah dan rahmah. Perkahwinan adalah perkongsian dua jiwa antara lelaki dan perempuan, mengemudi rumahtangga dengan cara mereka mengikut lunas agama.
Namun tidak semua rumahtangga itu bahagia kerana adanya campur tangan dari mentua. Lebih menyedihkan suami yang diharap mempertahankan rumahtangga hanya mengikut saja cakap emaknya tanpa sebab munasabah.
Di media sosi4l viral curahan hati seorang ibu muda, Azaria Sherin Nur Syafa yang mengajukan soalan kepada Ustaz Hanan Attaki tentang masalah rumahtangga dilaluinya.
Dirinya dital4k ketika baru melahirkan anak kecilnya gara-gara tidak disukai mentua tanpa sebab yang jelas.
Dalam pertanyaan kepada Ustaz Hanan dalam satu forum ilmu, Sherin bercerita dirinya bertemu suami pada 2015 dan pertemuan kedua pada 2021.
Dari perkenalan itu, dirinya dirisik dan mereka bernikah pada 2022. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki dalam keluarga kecilnya.
Tapi mal4ngnya, dari awal perkahwinan hingga saat sudah melahirkan seorang cucu, kini berusia 4 bulan mentuanya tetap tidak menyukai dirinya walau dia tidak tahu di mana salahnya. Dirinya telah dijatuhkan tal4k pada 16 Jun 2023 yang lalu.
Masa yang sama, wanita muda ini bertanya pada Ustaz Hanan Attaki apakah dia berdosa jika melawan mentua yang mencampuri urusan rumahtangganya dengan suaminya?
Pada hal selama ini dirinya meredhao dan mengikhlaskan jika suami memberikan nafkah kepada orang tuanya tanpa memberi kepada isteri dan anaknya.
Dia juga bertanyakan apakah suami berdosa jika meninggalkan isteri dan anaknya yang masih memerlukan susuk seorang ayah.
Menangis saat wanita muda ini berkongsi curahan hati ini, Ustaz Hanan pun memberikan jawapan atas pertanyaan Sherin. Dia menyebut salahsatu musibah besar adalah ujian perpisahan dalam rumah tangga.
“Ujian berpisah dalam rumah tangga itu musibah besar. Dan itu termasuk peristiwa yang disukai oleh ibl1s. Iblis itu akan sangat bangga ketika tentera kecilnya berhasil memisahkan seorang lelaki dengan isterinya. Itu dinyatakan dalam Al-Quran.
Sehingga salah satu di antara musibah paling besar itu adalah perceraian,” jelas Ustaz Hanan.
Ustaz Hanan juga menasihatinya agar tidak perlu khu4tir jika anak kecilnya kekurangan kasih sayang seorang ayah, Kerana perhati4n Allah itu lebih baik dari perhatian bekas suaminya.
“Saat kehil4ngan sesuatu, bukan bererti telah kehilangan segalanya. Allah akan menggantikan yang lebih baik daripada sesuatu yang telah pergi.
“Tapi ketika kita kehilangan sesuatu, kita bukan kehilangan segalanya. Orang beriman boleh kehilangan, tetapi dia tidak kehilangan segalanya kerana dia selalu punya Allah dalam hidupnya.
Dan ketika kita kehilangan sesuatu Allah menggantikan sesuatu. Perancangan, Allah lebih baik daripada sesuatu yang telah pergi itu,”kata Ustaz Hanan.
Benarlah, rumahtangga anak akan ros4k jika mendapat mentua yang teruk.
Sumber:HM