“Bukan Lupa Tapi Sengaja”Wanita Tegur Pemandu Saga Letak Sampah Atas But Kereta ,Dakwa Sengaja Biar Terabur Atas Jalan.

Sejenis manusia yang tak ada otak!

Kapsyen yang kedengaran agak kas4r ini ditulis oleh seorang pengguna TikT0k bagi meluahkan rasa m4rah terhadap pemandu sebuah kereta yang did4kwa sengaja membuang sampah di atas jalan raya.

Menerusi perkongsian sekeping foto oleh seorang wanita, kelihatan bungkusan plastik yang berisi sampah berada di atas but sebuah kereta Proton Saga berwarna merah.

Pengadu berkongsi tentang kejadian itu menerusi aplikasi TikT0k.

D4kwa wanita itu, pemandu Proton Saga berkenaan sengaja meletakkan bungkusan sampah di atas but kereta dengan harapan ia akan j4tuh dengan sendiri di mana-mana lokasi.

“Ramai juga kat kawasan kampung, aku perhati memang ada sejenis manusia macam ni yang tak ada otak. Bukan lupa sampah kat atas but tu.

“Tapi memang sengaja letak untuk dijatuhkan kat mana-mana pun. Lepas tu macam tak ada rasa bersalah langsung buat macam ni.

Bukan dia bawa pergi tong sampah depan lorong rumah dia… tapi sengaja biarkan untuk jatuh.

“Dia bawa ‘jalan-jalan’ sampah tu. Lepas tu dia memang nak sampah tu j4tuh kat mana-mana. Boleh tengok video sebelah,” ujar wanita itu.

Sejurus berkongsi foto itu, wanita tersebut memuat naik sebuah video, memaparkan bungkusan sampah itu jatuh tergolek ke atas jalan raya ketika kereta tersebut sedang dipandu di kawasan kampung.

“Kalau ada motor betul-betul ikut belakang (kereta) dia ni, tak pasal-pasal kena elak. Kalau tak sempat elak, boleh kemalangan, dah menyusahkan orang lain,” kata wanita itu lagi.

Menurut pemilik akaun TikT0k itu, ia bukanlah kejadian pertama, sebaliknya sudah beberapa kali dia menyaksikan taktik k0tor itu berlaku di kampungnya.

“Orang sini banyak kali aku nampak buat macam ni. Kadang sampah plastik hitam besar tu buat macam tu. So what’s the point?

“Yang pernah nampak je tahu. Bukan dia bawa pergi tong sampah depan lorong rumah dia. Tapi sengaja biarkan untuk jatuh. Aku dah banyak kali tengok orang macam ni. Sini kawasan kampung,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut menyelar tindakan pemandu kereta Proton Saga itu, malah ada yang turut berkongsi pengalaman serupa yang dihadapi sebelum ini.

“B40 kebal undang-undang. Tak ada cukai jalan dan insuran pun salah kerajaan. Nak buat macam mana kalau dah kebal?

“Memang ada jenis macam ni. ada yang letak kat depan dan jalan, lepas tu sampah tu jatuh atas jalan raya. Pelik tapi benar.

“Duduk area kampung ramai je perangai macam ni. Lepas tu banyak la plastik sampah sepah atas jalan,” komen beberapa individu.

Namun, tetap ada segelintir netizen yang mempertahankan tindakan pemandu Proton Saga itu dan menganggap apa yang berlaku adalah tidak disengajakan.

“Laki saya pun buat macam tu, tak nak kereta berbau.

“Jangan macam tu aku pun buat macam ni sementara nak pergi buang dalam tong sampah besar,” tulis netizen lagi.

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *