Buka Gerai Jam 5 Pagi , Terkejut Ada Tanah Kubvr . Jumpa Bunjut Kuning Selepas Ustaz Beri Pentunjuk Melalui Telefon

Usahawan Syed Muhammad Shah Hasif mend4kwa gerai makanan miliknya ditabur dengan tanah kvbur, dipercayai bertujuan menjatuhkan perniagaannya.

Menurut Syed, dia turut menemui bungkusan misteri berwarna kuning yang disorokkan di kawasan semak, berhampiran tapak gerainya yang terletak di Bukit Kapar, Klang, Selangor.

“Kali ini tanah kubvr pula. Lepas tu tadi terjumpa bungkusan bunjut kuning. Nauzubillah. Tadi ada tunjuk ustaz yang beli makanan di gerai kami. Dia kata memang tanah kubvr tu.

“Lepas tu ada seorang lagi ustaz beritahu melalui telefon, katanya ada orang letak sesuatu di sebalik semak pokok tepi gerai kami. Saya selak semak-semak tu, memang betul ada bungkusan kuning.

“Pukul 5 pagi staf saya sampai tapak, terus tunjuk kepada saya keadaan gerai penuh dengan tanah kvbur,” ujar Syed, pada Ahad.

Menurut Syed yang juga bapa kepada dua cahaya mata, ini bukan kali pertama gerai miliknya berdepan anc4man dipercayai daripada musvh-musvh perniagaan.

Sumpah sedih sangat, serius sumpah sangat sedih dengan kejadian yang berlaku kepada kami.

“Hari tu staf saya kena ser4ng dengan peniaga lain, kemudian peniaga-peniaga berlainan lorong dan lokasi pun ada yang datang dan kacau perniagaan.

“Tapi kami tetap kena kuat sebab kami mencari rezeki yang halal. Kami pun tak g4nggu perniagaan orang lain. Walaupun saya rasa sedih sangat hari ini.

“Terima kasih banyak orang Meru, Kapar dan Bukit Kapar sebab hari-hari support bisnes kami. Terima kasih sangat. Anda semua penguat semangat kami,” ujar Syed yang memiliki lebih setengah juta pengikut di aplikasi TikT0k.

Menerusi video TikT0k pada Ahad yang meraih hampir 200,000 tontonan, Syed dilihat sedang menghidu tanah kvbur yang ditabur di atas kaunter gerainya.

Dia yang ditemani isteri serta seorang staf kemudian mengambil sebatang penyapu untuk membersihkan tanah berkenaan.

“Sumpah sedih sangat, serius sumpah sangat sedih dengan kejadian yang berlaku kepada kami. Tak habis-habis orang asyik nak ani4ya kami.

“Baru-baru ni ada orang serang staf saya, ada peniaga macam tak puas hati kami buka perniagaan kat sini. Kami pun tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih banyak sebab masih ramai support kami,” ujar Syed lagi.

Syed dan isteri pernah menjumpai gumpalan rambut di dalam laksa.

Menurut Syed, gerai yang teletak di hadapan Masjid At-Taqwa Bukit Kapar itu menyediakan makanan seperti nasi lemak, laksa, nasi ayam serta aneka kuih.

Baru-baru ini, Syed dan isterinya turut meraih perhatian net1zen selepas mereka menemui gumpalan rambut manusia di dalam laksa yang direbus untuk jualan.

Menerusi video tular itu, Syed berkata dia kecewa dengan ins1den berkenaan dan mendakwa ia berkait rapat dengan hasad d3ngki pihak tertentu.

Sumber:Mstar , TT