Budak Bau Burger Sek0lah Kini Belajar Di New York , Tak Peduli Rakan Memperlekeh Impian . Sanggup Tebal Muka Minta Tip Daripada 58 Alummi.
Impian seorang anak penjual burger untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi akhirnya menjadi realti.
Azida Azmi atau Ezzy berkata, dia pada mulanya kurang yakin permohonannya untuk melanjutkan pengajian di Columbia University di New York, Amer1ka Syarikat akan diterima.
Dia kurang yakin kerana ramai yang memandang rendah dengan menganggap dirinya cuma seorang graduan tempatan yang bercita-cita tinggi.
Namun, siapa sangka, lulusan ijazah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini berjaya mendapat tempat untuk menyambung pengajian peringkat sarjana dalam jurusan Perundingan dan Penyelesaian Konflik seperti yang dipohon.
“Betullah orang cakap rezeki tak pernah salah alamat. Selama enam bulan saya sediakan segala keperluan untuk lengkapkan permohonan.
“Saya tebalkan muka untuk buat panggilan video dengan 58 alumni universiti dan dapatkan tip daripada mereka semua.
“Walaupun pelbagai kesukaran saya hadapi masa buat permohonan, saya sangat terkejut masa semak keputusan menyatakan saya berjaya dan diterima masuk,” ujarnya ketika dihubungi mStar.
Bercerita lanjut, wanita berusia 24 tahun ini berkata dia sering mengikut ibunya menjual burger di pasar borong sejak 20 tahun lalu.
Disebabkan sudah terbiasa menjalani hidup susah sejak kecil membuatkan anak tunggal ini merasakan dirinya bakal meneruskan legasi orang tua sahaja sebagai penjual burger.
Ezzy bangga berjaya menempatkan diri di universiti diidamkan.
“Keluarga saya bukan orang senang. Dari kecil sampai sekolah menengah saya ikut ibu berniaga burger. Jadi saya terbiasa tengok dan membesar dalam persekitaran macam tu.
“Semestinya saya pun dah pupuk mindset yang menjual burger akan jadi satu kitaran untuk keluarga kami. Saya beranggapan apabila sudah tua nanti, saya akan ambil alih perniagaan untuk menyara mereka pula.
“Jadi, saya tak pernah melihat diri sebagai individu yang dapat berbakti kepada masyarakat atau negara. Saya cuma anggap diri ni tidak boleh pergi jauh berbanding pelajar lebih berpotensi dan layak,” katanya lagi.
Walaupun pernah menyertai program pertukaran pelajar di AS sebelum ini, Ezzy begitu teruja untuk sekali lagi menjejakkan kaki ke New York, kali ini sebagai seorang pelajar yang menetap di negara asing bermula 25 Ogos lalu dan pengajian tamat pada Julai 2025.
“Sebelum pergi belajar di negara asing, mak ayah pesan jangan tinggal solat. Disebabkan mereka tak boleh hantar saya ke depan pintu masuk universiti, mereka berulang kali cakap yang saya cukup membanggakan mereka.
“Apabila mengenangkan kata-kata kedua-dua orang tua saya membuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan bagi membalas jasa dan pengorbanan mereka semakin berkobar-kobar dalam diri saya,” ujarnya lagi.
Saya nekad untuk menyambung peringkat sarjana di Columbia University untuk banggakan ibu ayah.
Tambah Ezzy yang berasal dari Selayang Baru, Selangor, dia merupakan generasi pertama dalam keluarga yang berjaya belajar di peringkat universiti.
“Saya nekad untuk menyambung peringkat sarjana di Columbia University untuk banggakan ibu ayah. Saya juga nak buktikan kejayaan ni hasil didikan mereka yang bersusah payah untuk saya, walaupun mereka tidak menghabiskan pendidikan formal.
“Ibu berhenti belajar ketika berumur 12 tahun dan bekerja setahun kemudiannya sebagai pembantu rumah. Ayah pula hanya dapat belajar sehingga tingkatan 5 yang mana dia kemudian terpaksa mula bekerja untuk menampung keluarganya.
“Semua tu membuatkan saya lebih bersemangat nak buktikan kejayaan memandangkan saya adalah harapan tunggal keluarga agar generasi akan datang dapat mempunyai kehidupan lebih senang,” ujar Ezzy lagi.
Ujar Ezzy lagi, dia sebelum ini pernah menjadi bahan jenaka rakan-rakan sekelasnya yang memperlekehkan dirinya sebagai seorang anak penjual burger.
“Dulu saya ingat lagi ibu dan ayah menjual burger bermula dari pukul 11 malam hingga 7 pagi. Lepas pulang dari tempat kerja, ibu terus ambil saya di rumah dan hantar ke sekolah menaiki kereta Perodua Kancil kami.
Ezzy (tengah) bersama ahli keluarganya.
“Setiap kali peluk ibu nak pergi sekolah, bau burger akan melekat pada baju saya. Jadi apabila berada di sekolah, ada beberapa rakan-rakan mengusik dengan mengatakan saya bawa ‘bau busuk’ ke sekolah.
“Inilah momen paling sukar saya nak lupakan sehingga sekarang. Saya sedih sangat mengenangkan ibu sudah bersusah payah mencari rezeki sedangkan waktu malam ni orang lain sedap tidur,” katanya lagi.
Bagi tahun pertama pengajian, dia menerima Merit Fellowship Award kerana permohonannya berjaya mendapat perhatian pihak universiti.
Bercerita mengenai perancangan masa hadapan selepas menamatkan pengajian, dia berhasrat untuk mengikuti pengajian sarjana kedua dalam bidang Antropologi Sosial sebelum belajar peringkat d0ktor falsafah.
Walau bagaimanapun, Ezzy bercadang untuk mencari kerja sama ada secara fizikal atau jarak jauh (remote work) sebagai ahli penyelidik dalam bidang yang bersesuaian dengan bidangnya.
Sumber:Mstar