“Buat Anak Tu Pilihan”Pemuda Enggan Mengalah Dengan Geng Tolak Stroller Tunggu Lif ,Tak Layak Dilayan Macam 0KU Berkerusi Roda
Ibu bapa biasanya akan menggunakan stroller atau kereta sorong ketika keluar berjalan-jalan bersama anak kecil.
Penggunaan stroller boleh memudahkan pergerakan ibu bapa, namun ia kadang-kala boleh menimbulkan masalah kepada individu lain.
Di Fb, seorang pemuda meraih perhatian ramai apabila dia meluahkan rasa kurang senang terhadap penggunaan stroller di dalam lif.
Malah individu itu turut membuat perbandingan antara penggunaan stroller dengan kerusi roda yang digunakan oleh orang kurang upaya (0KU).
Dalam hantaran itu, dia menempelak sikap segelintir ibu bapa yang mahu mendapat layanan istimewa ketika menggunakan lif hanya kerana mereka membawa anak kecil.
“Dia macam ni, kalau aku naik lif kosong, lepas tu sampai tingkat yang belum aku nak turun, kalau ada perempuan mengandung, ada 0KU, ada orang tua, aku akan bagi laluan pada mereka.
Anak tu beb4n sangat ke? Kalau beb4n jangan buat anak.
“Tapi kalau ada stroller. aku biar je dia. Sebab bagi aku, anak dalam stroller tu elok je baring. Kau hanya perlu tolak stroller. Apa yang sus4h sangat? Ni yang bawa stroller acah lebih entitle berbanding 0KU kenapa?” ujarnya.
Menurut pemuda itu lagi, anak adalah pilihan, jadi ibu bapa tidak wajar menganggap kehadiran anak sebagai satu beb4n.
“Anak tu beban sangat ke? Kalau beban jangan buat anak. Ada yang bandingkan orang tua tu tak entitle sebab dia pun duduk atas kerusi roda.
“Hello? Orang tua tu dia physically entitle. Kau tu sihat tubuh badan dan buat anak tu pilihan. Aku dah kata geng stroller ni memang acah entitle mengalahkan orang tua dan 0KU,” ujarnya lagi.
Pemuda itu membuat hantaran di laman fb B40 Buat Apa Harini sehingga ia dihujani komen netizen dengan pendapat berbeza-beza.
“Bani stroller mana reti bahasa. Main l4nggar je macam tu.
“Kadang kalau kat lif, stroller habis rapat kat pintu. Orang dalam lif pula kena bagi laluan mereka masuk,” tulis netizen.
Namun, ada juga netizen yang tidak setuju dengan kenyataan pemuda itu dan menganggap dia sebagai biad4b dan tidak bertimbang rasa.
“Itu pandangan hang. Kalau orang judge hang sebagai orang yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan, hang jangan melenting.
“Kau mesti mandul kan? Sebab tu panas hati dengan orang yang ada anak tak habis-habis,” tegur netizen pula.
Sumber:HM