Buah Hati Pelakon Elisya Sandha Cecah Usia Setahun , Wajah Comel Dan Telatah Bunga Elhaq Jadi Tumpuan .

Terhibur tengok telatah manja dan comel anak kesayangan Elisya Sandha, Bunga Elhaq. Genap berusia setahun pada 18 Jun 2022, kecomelan bayi perempuan ini kian terserlah dan mewarisi gen pelak0n jelita berkenaan.

Walau masih kecil nama Bunga Elhaq mula dikenali ramai kerana bukan hanya berstatus anak selebriti. Bahkan dia juga cucu sulung pengarah dan pelakon popular, Sheila Rusly.

Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha merupakan adik kepada Fasha Sandha. Dramatis ini mendirikan rumah tangga dengan anak lelaki Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy atau dikenali sebagai Haq pada 21 Ogos 2021.

Difahamkan nama Bunga diberi oleh nenda tersayang, Sheila Rusly manakala Elhaq pula ialah singkatan nama Elisya dan Haqimy. Penuh makna!

Walau sibuk dengan urusan rumah tangga dan mempunyai anak, namun Elisya tetap aktif berlakon dan wajah cantiknya sering menghiasi kempen jenama kecantikan dan produk bayi.

Bergelar ibu pada usia muda ia bukanlah halangan buat Elisya untuk melakar nama dalam industri dan berjaya.

Menerusi perkongsian di media sosial, figura ini mendedahkan realiti sebenar seorang ibu bekerjaya.

“To all the working moms out there! You’re doing great, you are super mom. Penat kerja pun tetap cari masa untuk anak, sekarang faham bila orang cakap bila tengok anak senyum terus hilang rasa penat. I’m working hard for you, Bunga Elhaq.”

Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, Elisya meluahkan hasrat untuk memiliki sekurang-kurangnya tiga cahaya mata. “Kalau boleh rancang nak tiga ke empat orang anak je.

Keluarga saya ramai, saya ada enam adik-beradik dan dah ada lapan anak buah. Suami pula quite small.

Jadi untuk ada tiga ke empat orang tu dah memadai. Memang saya ada banyak impian dan boleh achieve sebab sebab muda lagi. Ada orang kata pregnant muda-muda ni sayang. Susah nak dapat apa yang saya nak.

Saya rasa tu salah sebab rezeki semuanya datang dari Allah dan rezeki tu akan datang bersama usaha. Saya akan berusaha ke arah tu sambil ada anak di sisi. Saya nak jadikan anak tu sebagai semangat untuk saya capai impian yang belum tertunai.”

Moga segala impian Elisya dan Haq dimakbulkan Allah SWT.

Sumber:Hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *