Bosan Duduk Rumah , Mak Abah Jalan-Jalan Ke Butik Siap Photoshoot Baju Pengantin.
Apabila anak-anak meningkat dewasa, pastinya ibu dan bapa akan mulai bosan sentiasa di rumah memandangkan rutin harian seperti keluar bekerja sehingga petang sudah tid4k dilakukan.
Jadi, kebanyakan mereka memilih untuk menghabiskan masa berdua bagi menghil4ngkan rasa sunyi dengan pelbagai aktiviti.
Mak abah b0san duduk rumah
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikT0k dikenali sebagai azurabohari88 apabila memuat naik momen ibu dan bapa yang singgah ke butik pengantin kerana kebosanan berada di rumah.
Cuba baju siap photoshoot
Menurut pengguna TikT0k yang juga pengusaha butik pengantin, ibu dan bapanya telah datang sambil melihat-lihat pakaian pengantin yang berada di sana.
Tanpa disangka, ibunya telah ‘mem4ksa’ bapa untuk memakai pakaian pengantin lelaki dan mereka sedondon mengenakan busana songket bewarna hijau lengkap dengan aksesorinya sekali.
Lebih ‘sweet’ lagi, mereka juga mahu bergambar seperti pengantin baru dengan masing-masing tersenyum m4lu sewaktu diminta untuk bergaya mesra.
Kita pula senyum2 tengok
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata mengakui tersenyum melihat momen berkenaan kerana tumpang bahagia apabila pasangan warga emas itu tetap mesra dan romantik walaupun sudah berusia.
Mereka juga mendoakan agar ibu bapa kepada pengguna TikT0k berkenaan terus diberi kesihatan yang baik dan kekal bahagia hingga ke akhir masa.
Menitik air mata lihat macam ni
Semoga cinta hingga hujung nyawa
Semoga pak cik dan mak cik terus diberi kesihatan
Sumber: TikT0k azurabohari88