Bos Anjur Majlis Berbuka Puasa Geng Office , Kutip Seorang RM100 .Pekerja Bantah Kena Keluar Duit Sendiri

Setiap kali tibanya Ramadan, menjadi satu kemestian untuk diadakan majlis berbuka puasa dengan rakan sepejabat.

Ia kebiasaannya dikelolakan oleh pihak atasan sebagai inisiatif untuk menerapkan keharmonian antara ahli pasukan.

Namun lain kisahnya melalui satu hantaran tular di laman X, apabila seorang lelaki bertindak menolak penganjuran program berbuka puasa di pejabatnya.

Menurut lelaki itu, dalam kes yang yang dihadapinya, dia berasa ralat apabila wang saku sendiri perlu dikeluarkan untuk membiayai acara berbuka puasa tersebut.

“Tak faham budaya berbuka puasa dengan jabatan, lepas tu kita kena keluarkan duit sendiri. Kenapa aku perlu bayar RM100 untuk iftar bersama dengan orang yang dengki dekat aku?

“Kepada bos aku, kalau terbaca luahan hati aku ni, aku sebenarnya menyokong idea untuk merapatkan ukhuwah dalam pasukan. Tapi dana untuk majlis berbuka tu tidak sepatutnya datang daripada sumbangan wang kami.

“Mungkin dalam kalangan kami ada yang bergaji tinggi tapi perlu sara keluarga di kampung. Ada juga yang bergaji tinggi tapi sedang memulakan kehidupan baharu. Belum ambil kira lagi mereka yang bergaji rendah.

“Acara melibatkan pejabat sepatutnya ditaja sepenuhnya oleh pihak atasan dengan alokasi bajet yang tersedia,” terang lelaki itu mengenai perspektifnya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya lain turut berkongsi dilema yang sama dalam hal terbabit.

Saya akan bagi seribu satu alasan untuk mengelat daripada pergi berbuka puasa tu.

“Sangat bersetuju dengan apa yang dibicarakan saudara, saya kurang gemar juga program atau sebarang aktiviti melibatkan pejabat ni. Saya datang untuk bekerja saja, lepas tu saya nak balik.

“Orang dekat pejabat bukannya ikhlas pun berkawan dengan kita. Ramai yang bermuka-muka. Setiap minit yang saya luangkan dengan mereka membuatkan mental saya semakin ‘koyak’.

“Saya pilih untuk balik berbuka puasa dengan keluarga atau mak ayah, orang di pejabat bukannya hargai kita pun. Siap nak kena keluarkan duit sendiri pula tu, memang tak ingin la.

“Kalau dalam situasi macam ni, saya akan bagi seribu satu alasan untuk mengelat daripada pergi buka puasa tu. Biar la orang nak cakap kita tak sporting ke apa, yang penting jiwa saya tenang,” ujar sebahagian warga maya.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *