Bijak Dan Pernah Jadi Pensyarah Di Korea Lepas Tamat PhD , Dr Zulfati Kni Mengajar Di USM.

Orangnya kecil molek tapi semangat dan kepintaran Dr Zulfati Izazi dalam bidang akademik menjadi inspirasi ramai. Berstatus anak perempuan kepada pelakon Zulkifli Ismail, 

rezeki wanita bijak ini meraih peluang kerjaya terbentang luas. Apatah lagi, kejayaannya menggenggam PhD pada usia muda.

Selepas tamat pengajian doktor falsafah, dia yang mesra disapa Dr Izazi diterima menjadi pensyarah di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) Korea Selatan untuk subjek berkaitan Bahasa Melayu 

namun kembali di Universiti Sains Malaysia (USM) untuk berbakti sebagai pensyarah di sini. Khabar gembira itu dikongsikan di media sosial miliknya pada November lepas.

“5 years ago my dream was to teach here at my alma mater – possibly right after graduation. But I had an amazing detour, and now I’m back! And I am definitely enjoying the staff parking privilege.”

Dalam temu buat bersama Nona sebelum ini, Dr Izazi pernah melanjutkan pengajian STPM di Victoria Institution kemudian menyambung pelajaran di 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik).

Ditanya mengapa memilih bidang linguistik, ini jawapan jujur Dr Izazi. “Saya ada banyak minat, jadi pada awalnya agak sukar untuk saya pilih bidang pengajian yang bakal diambil. 

Kemudian saya sedar bahawa minat saya terhadap bahasa sebenarnya telah mula mendalam sejak saya kecil lagi.

Saya sentiasa ada rasa ingin tahu tentang bahasa, kerana itu saya buat keputusan untuk mendalami ilmu tentang bahasa melalui bidang linguistik.

Tentang masa yang diambil untuk tamat pengajian, jika dikira bermula daripada sarjana muda sehingga PhD, kesemuanya mengambil masa kira-kira 9 tahun. Satu perjalanan yang panjang tapi cukup bermakna.

Saya percaya, seperti mana-mana ibu bapa lain, ibu bapa saya juga gembira dan bersyukur dengan kejayaan saya. Pelukan dan ucapan tahniah daripada mereka sangat bernilai untuk saya.”

Berstatus anak selebriti, Izazi yang merupakan anak sulung kepada pelakon Zulkifli Ismail dan Umi Salbiah Abdul Rahman ini mengakui kedua-dua ibu bapa memberi peluang kepadanya untuk memilih bidang kerjaya dan pendidikan yang diinginkan.

“Ibu bapa saya tidak terlalu tegas tentang keputusan peperiksaan. Bahkan mereka tak pernah marah kalau saya dapat C atau D sekalipun dalam peperiksaan, tetapi mereka sangat menyokong setiap proses pembelajaran.

Sejak zaman sekolah lagi mereka sentiasa sokong minat saya, aktiviti kebudayaan, kesenian, projek sains, aktiviti luar, apa sahaja yang membantu perkembangan minda dan pembentukan sahsiah saya, mereka akan sokong.

Pendekatan mereka ini juga menyebabkan saya sendiri rasa lebih terdorong untuk terus belajar dan menerokai minat.”

29 Januari lepas, genap setahun Dr Izazi bergelar isteri kepada Dr. Md Yushalify Misro. Alhamdulillah. Difahamkan suaminya merupakan pensyarah matematik di USM.

Sumber:Mstar