“Biarlah Saya Simpan Hingga Pinggan Retak”Sudu Pun Tak Alih , Sambal Ayam Arwh Ibu Tak Terusik 4 Tahun Dalam Peti Sejuk

Perginya se0rang insan bergelar ibu buat selama-lamanya, bererti hilanglah ‘tiang seri’ di dalam sesebuah rumah.

Tiada lagi kelibat, suara mahupun air tangan yang terhidang di atas meja menunggu kepulangan anak-anak tersayang.

Begitulah juga dengan wanita ini apabila sudah empat tahun menanggung kerinduan kepada ibu tercinta yang menghembuskan nafas terakhir secara mengejut.

Hanya sepinggan sambal ayam yang sempat disediakan arwah ibu menjadi kenangan terakhir untuk mengubat kerinduan yang tidak pernah sesaat pun luput daripada ingatan.

Mengimbas kembali detik duka kehilangan insan kesayangannya, Nur Hidayu Supian berkata arwh ibunya, Julia Ab Ghani, 49, mninggal dunia akibat ser4ngan jantung pada 5 Mac 2020.

“Seperti biasa, mak masakkan sarapan untuk kami sekeluarga dan hari itu, arwh buat sambal ayam. Saya tak sempat sarapan, jadi mak bekalkan untuk dibawa ke tempat kerja.

“Sewaktu saya hirup air, perasan mak macam tenung saja sampailah saya keluar pintu untuk ke tempat kerja. Dia tak cakap banyak pun, cuma pesan bawa kereta elok-elok.

Ibu Nur Hidayu, Julia Ab Ghani mninggal dunia pada 5 Mac 2020 kerana ser4ngan jantung.

“Pada waktu tengah hari, saya dapat panggilan daripada ayah memberitahu mak j4tuh pengsan di rumah. Bergegas saya balik dan ketika sampai, mak sudah tiada.

“Tangan yang saya salam waktu pagi, tak sangka ia adalah salam yang terakhir. Tak tergambar dengan kata-kata apa yang saya rasai waktu pegang tangan yang sudah sejuk itu,” ujarnya.

Menurut anak sulung daripada dua beradik, sambal ayam yang dicedok ibunya untuk dihidangkan waktu sarapan pada hari kejadian, sehingga kini tidak pernah terusik dan disimpan di dalam peti sejuk.

“Semua hilang selera nak makan pada hari itu. Jadi saya simpan di tempat sejuk beku peti sejuk. Pinggan dan sudu pun saya tak tukar kerana itulah air tangan terakhirnya.

“Biarlah saya simpan sehingga pinggannya retak,” ujarnya yang berasal dari Tanjong Minyak, Melaka.

Wanita ini mengakui dia mengambil masa yang lama untuk bangkit memandangkan tidak pernah berpisah dengan ibu dan bapanya.

“Alhamdulillah, rezeki saya belajar dan bekerja di Melaka. Saya memang berniat untuk duduk dengan mereka.

“Ingat lagi seminggu sebelum mninggal dunia, mak suruh saya kahwin supaya ada orang boleh jaga saya sebab dia makin tua. Boleh dikatakan hari-hari dia pesan benda yang sama.

“Rupanya memang betul mak pergi. Sampai sekarang saya struggle untuk sembuh sebab setiap sudut di rumah ini mengingatkan saya padanya,” katanya yang sudah mendirikan rumah tangga dua tahun lalu.

Tidak menyangka perkongsian videonya menjadi tular sehingga meraih 1.5 juta jumlah tontonan di TikT0k, Nur Hidayu berkata dia sekadar berkongsi kisah ibunya memandangkan tanggal 5 Mac ini menandakan genap empat tahun Allahy4rham ke negeri abadi.

“Bukan tak reda tapi sekadar meluahkan kerinduan. Apabila baca komen-komen yang kongsi kisah serupa, saya pun turut sebak. Hanya yang dah merasai kehil4ngan saja tahu rasa s4kit rindu.

“Mereka yang masih ada mak dan ayah, hargailah selagi hayat ada. Kita tak tahu sampai bila Allah nak pinjamkan. Bila dah tak ada mak ni, semua hilang seri.

“Dan kehil4ngan paling berat adalah doa seorang ibu,” akhirinya.

Sumber:HM