Betul-Betul Idola , Bercuti Di K0rea Alif Satar Ajak Geng Oppa Pula Solat Subuh Di Masjid
Selebriti Versatil, Alif Satar ajak ‘geng oppa’ memeriahkan solat subuh di masjid pula selepas kejayaannya menguar-uarkan #GengSubuhMacamJumaat di Malaysia.
Dia dan keluarga yang sedang bercuti di K0rea Selatan telah berkongsi momen selepas selesai solat subuh di sebuah masjid di negara tersebut bersama anak-anak Malaysia yang berada di sana.
Dapat dilihat yang masjid terbabit dihadiri ramai orang yang sama-sama menunaikan solat subuh secara berjemaah walaupun ketika itu cuaca begitu sejuk melihat dari pakaian mereka serta hujan salji yang sedang turun.
Alif Satar ajak geng2 oppa pula
Dalam perkongsian tersebut, Alif mengucapkan rasa syukur kerana dapat berjemaah dengan ‘geng-geng oppa’ di Seoul serta sempat bersarapan bersama.
Ujarnya, momen tersebut hampir mirip dengan rutin harian sewaktu di Kuala Lumpur iaitu lepas solat subuh dapat menikmati makanan bersama-sama.
“Allahuakhbar.. alhamdulillah.. Harini dapat subuh berjemaah dengan #GengSubuhMacamJumaat atau geng geng oppa di Seoul!
Rezeki kami dapat lepak sarapan kejap, rasa macam sama je rutin biasa kalau di KL😍😄 lepas subuh, MAKAN sambil layan snow! MasyaAllah..” tulisnya.
Sangat menginspirasikan tindakan Alif ajak geng2 oppa pula
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terharu dengan apa yang dilakukan selebriti terbabit memandangkan ia mendapat sokongan ramai tanpa mengira tempat.
Mereka juga meng4kui tindakan Alif sangat memberi inspirasi kepada orang ramai sekali gus mendoakan mereka semua terus istiqomah dalam melakukan hal-hal baik seperti ini walaupun tidak berada di Tanah Air.
Terima kasih suntik semangat subuh berjemaah
Sebak terharu lihat tindakan Alif & perantau2 di luar sana
Terdahulu, selebriti berusia 33 tahun ini mengakui bahawa tindakannya untuk mengajak masyarakat Islam solat subuh berjemaah kerana bimbang disoal oleh Allah S.W.T memandangkan dia mempunyai lebih tiga juta follower di media sosial.
Sumber: IG Alif Satar