Bersungguh tunduk ucap terima kasih, tind4kan peniaga wrga emas buat ramai sebak

seorang peniaga wrga emas bersungguh tunduk ucap terima kasih kepada pembeli membuatkan ramai sebak apabila dapat merasakan betapa dia benar-benar tulus dalam berniaga.

Perkongsian dari pengguna TikT0k dikenali sebagai Fatin Syafiqaa itu telah mendapat perhatian apabila dia memuat naik momen sewaktu membeli kuih-muih yang dijual pak cik tersebut di tepi jalan.

Dapat dilihat yang warga emas berkenaan hanya menjadikan but kereta sebagai tempat dia berniaga dan hanya menjual beberapa jenis kuih sejuk beku.

Tunduk ucap terima kasih beli kuih dibuat isteri

Menerusi kapsyen yang disertakan, pak cik tersebut menjual kuih yang dihasilkan isterinya sendiri dan membuka jualan sekitar jam 3 petang di Sungai Isap, Kuantan.

warga emas itu turut menadah tangan mendoakan para pembeli jualannya selepas menerima bayaran.

Ramai yang rancang nak datang
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan masing-masing meninggalkan komen menyatakan peniaga sebeginilah yang perlu disokong dengan membeli jualannya.

Mereka yang sebak dengan video terbabit turut mendoakan agar rezeki wrga emas terbabit dimurahkan dan orang ramai dapat sama-sama membantu melariskan jualan makanan sejuk beku pak cik tersebut.

Semoga urusan pak cik dipermudah dan orang ramai yang ada berdekatan dengan lokasi tempat dia berniaga dapat sama-sama menyokong perniagaannya.

Sumber: hm