Bersalin Awal Dari Tarikh Jangkaan , Pelakon Dauyana Roza Selamat Timang Bayi Lelaki

Dayana Roza selamat melahirkan cahaya mata kedua pada pukul 1.56 pagi Sabtu di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.

Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan secara czer.

Kata Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 32, dia terpaksa menjalani czer selepas mengalami k0ntraksi pada petang Jumaat.

“Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 17 Januari 2024, tetapi saya sudah mula s4kit sejak semalam (Jumaat) dan terus masuk hspital.

Dayana turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Astrid Raheeya.

“Saya juga perlu jalani pembed4han kecemasan sebab bukaan tidak luas dan d0ktor periksa keadaan j4ntung bayi lemah.

“Syukur semuanya berjalan lancar dan bayi dalam keadaan baik. Sekarang ini masih rasa s4kit selepas pembed4han,” katanya 

Tambah pelakon ini dia juga tidak merancang menjalani pembed4han kerana anak sulungnya dilahirkan secara normal.

Sementara itu pelakon ini juga memberitahu dia merancang tidak mahu kembali hamil dalam masa terdekat disebabkan masih trauma menjalani pembed4han.

“Mujurlah persiapan semua sudah dilakukan. Jadi walau bersalin dua minggu awal semuanya sudah tersedia. Tak sangka pula baby yang ini tidak sabar nak keluar awal.

“Saya pernah cakap nak ‘tutup kilang’ tetapi suami tidak setuju. Namun selepas melihat s4kit yang saya alami, dia tiada masalah untuk kami gunakan alat kawalan kehamilan.

“Mungkin dalam tempoh terdekat tidak merancang untuk hamil lagi,” jelasnya.

Dayana juga memilih nama buat anak lelakinya itu dan akan mended4hkan selepas mendapat persetujuan suami serta keluarga.

Untuk rekod Dayana mendirikan rumah tangga dengan A’dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020 dan mereka juga memiliki seorang anak perempuan iaitu Astrid Raheeya, 2 tahun.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *