“Ia Pembuka Kepada Zin4…”Iklan Minyak Wangi Berniat Tarik Perhatian, Pendakwah Nasihat Hentikan
Iklan minyak wangi berniat tarik perhatian, pendakwah nasihat hentikan “ia pembuka kepada zin4. Hari ini, orang akan menggunakan apa saja teknik pemasaran semata untuk memastikan ianya viral.
Ini termasuklah iklan minyak wangi yang menggunakan teknik pemasaran dengan menguji sama ada individu yang berada di sekeliling terpikat dengan haruman itu yang kini merajai media sosial.
Namun di sebalik teknik pemasaran yang menggunakan wanita muslim, ada hal yang penjual terlepas pandang iaitu ia pembuka jalan ke arah penzinaan. Nampak kenyataan ini perit untuk diterima tetapi itulah hakikatnya.
Penceramah bebas, Nurul Syuhada Amer berkata iklan minyak wangi yang menggunakan teknik pemasaran dengan menguji sama ada individu yang berada di sekeliling terpikat dengan haruman itu boleh menjadi pembuka kepada zin4.
Dirinya mengulas isu mengulas teknik pemasaran yang digunakan sebahagian jenama minyak wangi tempatan untuk mempromosikan barangan yang dijual.
Pendakwah Nasihat Hentikan “Ia Pembuka Kepada Zin4…”
“Orang akan nampak macam test sahaja tetapi sebenarnya tidak. Itu adalah pembuka kepada zin4, tindakan itu turut membuka ruang supaya individu lain melakukan cara mempromosi yang sama,” katanya.
Penceramah bebas, Nurul Syuhada Amer berkata iklan minyak wangi yang menggunakan teknik pemasaran dengan menguji sama ada individu yang berada di sekeliling terpikat dengan haruman itu boleh menjadi pembuka kepada zin4.
Memetik laporan Majoriti, Nurul Syuhada berkata, teguran itu dibuat secara terbuka kepada semua penjual minyak wangi agar tidak mempromosikan kemungkaran
seperti iklan memakai minyak wangi untuk menarik perhatian lelaki ajnabi atau bukan mahram semata-mata untuk meraih keuntungan.
Dia yang merupakan Pengarah Tarbiyyah Hati Resources turut menjelaskan bahawa terdapat dua teknik pemasaran yang boleh diguna pakai dalam pemasaran minyak wangi.
“Dalam perniagaan yang perlu diutamakan adalah keberkatan. Anda boleh memilih untuk mempromosikan sunah maka anda akan memperoleh pahala jariah yang berpanjangan.
“Namun, jika pemasaran dibuat dengan cara kemungkaran yang dilakukan secara terang-terangan maka anda juga akan mendapat dosa jariah yang berterusan. Akhirnya, perniagaan yang dilakukan tidak mendapat keberkatan dan dosa itu berlarutan,” katanya.
Susulan itu, Nurul Syuhada berharap agar iklan dengan cara menarik perhatian orang agar mencium bau harum yang dipakainya dihentikan kerana bertentangan dengan syariat Islam.
“Tidak dibenarkan memakai bau-bauan yang kuat apatah lagi memang berniat supaya ianya terhidu oleh lelaki ajnabi (bukan mahram),” katanya.
Memetik sabda Rasulullah S.A.W:
Maksudnya: “Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zin4nya,” [Hadis Riwayat Nasa’i].
Nurul Syuhada turut menjelaskan bahawa hukum asal memakai minyak wangi ini adalah sunat bagi lelaki dan perempuan, namun cara pemakaian minyak wangi adalah berbeza bagi lelaki dan perempuan.
Islam membenarkan wanita memakai wangian ketika berada di luar rumah dengan hukum harus untuk sekadar menghilangkan bau badan dan menjaga keterampilan.
Ciri-ciri minyak wangi yang dibenarkan untuk wanita mengikut sabda Rasulullah S.A.W:
إِن خير طِيبِ الرجُلِ ما ظهر رِيحُهُ وخفِي لونُهُ وخير طِيبِ النِساءِ ما ظهر لونُهُ وخفِي رِيحُهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya.”
Menurut Nurul Syuhada, tip memakai minyak wangi bagi muslimah adalah memakai di bahagian kulit seperti di leher dan pergelangan tangan supaya dapat terjaga dari fitnah.
“Elakkan untuk meletakkan minyak wangi secara berlebihan di bahagian pakaian yang dipakai walaupun muslimah ini keluar untuk ke masjid.
“Apa pun sebagai seorang muslimah jagalah akhlak dan peribadi. Tutuplah aurat dengan sempurna. Jagalah diri sebaiknya agar ALLAH reda. Elakkanlah diri daripada menjadi fitnah pada agama,” katanya.
Sumber:hm