“Bermadu Bukan 1su Besar, Isteri Perlu Reda Dan Mudahkan Urusan Suami,” – Zarina Zainuddin

Kebelakangan ini kecoh di media sosi4l isu poligami yang rata-rata mengundang pelbagai reaksi negatif yang menyebabkan pelakon Zarina Zainuddin untuk tampil dengan satu sudut pandangan yang berbeza.

Menerusi laporan dari Kosmo, Zarina mengakui dia tidak melihat situasi tersebut sebagai satu masalah yang besar sebaliknya ianya satu situasi yang ada kebaikan.

Umum mengetahui bahawa Zarina atau nama sebenarnya Nur Zarina Mohd Zainuddin sudah lama mengharungi kehidupan bermadu iaitu sebagai isteri kedua.

Tiada masalah kalau suami mampu zahir & batin

Dia mengatakan keputusan untuk berpoligami bukanlah satu kesalahan sekiranya seorang suami mampu dari segi zahir dan batin.

“Pendapat saya, kalau seseorang lelaki itu berkemampuan, apa salahnya dia nak menanggung keluarga lain (keluarga isteri kedua), kerana itu juga berkongsi rezeki,” ujarnya.

Hal ini demikian akan mewujudkan satu keluarga yang besar buat keturunan si suami.

Tambahnya lagi, perbuatan berpoligami ini haruslah dengan cara yang betul.

“Kalau kita nak kata suami kita tu 100 peratus adil, memang takkan ada,” katanya.

Isteri perlu mudahkan urusan suami

Bercakap berdasarkan pengalaman sendiri yang telah mengharungi kehidupan bermadu, Zarina berpendapat seorang isteri perlu reda dan memudahkan segala urusan suami.

Selain itu, isteri perlu bijak mengisi masa supaya tidak terlalu fikir tentang suami.

“Bagi saya, tugas suami tanggung nafkah zahir dan batin, cukuplah kita dah ada suami yang jaga kita elok-elok. Apa yang penting kita ada individu untuk mengadu,” tambah Zarina lagi.

Jangan bermusuh dengan madu sebaliknya saling melindungi

Malah, sebagai wanita, perlulah bersyukur dengan kurniaan tuhan ini dan tidak bermusuh sesama sendiri sebaliknya melindungi.

Paling utama, isteri sepatutnya memberi keizinan kepada suami untuk berkahwin lain daripada si suami melakukan perkara yang tidak baik di belakang isteri.

Hasil perkahwinan Zarina dan suami, Datuk Seri Raihan Wan Jaafar, mereka telah dikurniakan empat anak lelaki iaitu sepasang kembar yang menghidap 4utisme.

Sumber: Kosmo Muhammad Haikal Ramli,omm