“Berjurai Air Mata Depan Kawan-Kawan”Abang-Abang Tak Habis Sekolah , Adik Bongsu 12 Beradik Pikul Amanah Tebus Nasib Keluarga

Kisah hidup tentang seorang pelajar Sek0lah Menengah Kebangsaan Bangsar (Integ), Kuala Lumpur ini menyentuh hati banyak pihak.

Dikenali sebagai Haris, anak bongsu daripada 12 orang adik-beradik ini berkata dia merupakan satu-satunya harapan untuk mengubah nasib keluarga.

Menurut Haris lagi, dek kerana dilahirkan dalam keluarga besar dan sus4h, dia kini dibesarkan keluarga angkat.

Namun difahamkan hubungannya dengan ahli keluarga kandung masih baik dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

“Famili kandung saya berharap supaya saya boleh berjaya. Abang-abang saya tak habis sekolah, mereka semua harapkan saya boleh.

“Selalu cakap dekat saya dik, kau habiskan belajar, buktikan dekat mak abah dan ibu ayah, kau boleh,” ujarnya di hadapan rakan-rakan di sekolah.

Video perkongsian Haris tentang diri dan keluarganya itu dikongsikan penceramah motivasi, Zack Zawani menerusi TikT0k yang hingga kini meraih lebih 1.7 juta tontonan.

Mengakui dia bukanlah anak yang baik kerana sering mel4wan cakap ibu bapa, namun Haris mempunyai iltizam untuk membanggakan keluarganya satu hari nanti.

Mengimbas kembali kenangan sewaktu kecil, ujar Haris, ibu kandungnya sering membawanya bersiar-siar sebelum wanita tersebut menghidap peny4kit kanser tahap empat.

“Sekarang ibu sudah tidak lagi oleh berjalan kerana k4nser,” katanya sambil mengesat air mata.

Dengan aku aku sekali menangis… semoga kau terus berjaya dik.

Enggan membiarkan Haris terus dibuai emosi, Zack Zawani menjemput rakan baik remaja itu untuk tampil ke hadapan bagi memberikan sokongan.

Tanpa membuang masa, dua rakan baik Haris tampil memeluknya sebagai tanda sokongan.

Perkongsian berkenaan pastinya mengundang seb4k warga maya dan mereka mendoakan agar urusan Haris dan keluarganya berjalan lancar.

“Semoga adik terus berjaya. Jangan mudah putus asa.

“Dengan aku aku sekali menangis. Semoga kau terus berjaya dik.

“Mula-mula menangis dah. Sampai je member dia peluk… habis banjir muka aku,” komen beberapa netizen pada video.

Sumber:Tiktok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *