Berbasikal Dari Selangor Hingga Perak Semata-Mata Untuk Berjumpa , Gadis Terharu Lihat Effort Tunang.
Se0rang gadis melu4hkan rasa terharu melihat kegigihan tunangnya yang sanggup mengayuh basikal dari Selangor ke Perak semata-mata untuk bertemu.
Menerusi satu perkongsian video di akaun TikT0k @lipashgoweng, Lia Syazwaniy berkata pada mulanya dia tid4k mengetahui tentang k3jutan tersebut sebelum lelaki itu, Haziq Hamdan muncul di depan mata.
Nak tahu ‘effort’ terbesar tunang saya?
Bercerita lanjut, gadis yang mesra dengan panggilan Lia itu meng4kui b1mbang apabila tidak dapat menghubungi tunangnya dalam tempoh seharian sekali gus memikirkan apa yang telah terjadi kepada lelaki berkenaan.
Walau bagaimanapun, dia tid4k menyangka apabila tunangnya yang juga aktif dalam bidang sukan permotoran itu tiba-tiba muncul di tempat kerjanya di sebuah pasar raya.
“Dia berbasikal sejauh 126 kilometer untuk datang jumpa saya, dari Selangor ke Perak. Masa tu dia langsung tak balas mesej dekat WhatsApp.
“Seharian saya ris4u sebab tak tahu dia buat apa. Keesokan harinya, hari kerja syif pagi, memang meng4ntuk sebab tak cukup tidur fikirkan mana sayang saya pergi.
“Saya kerja dekat pasar raya, jadi pagi-pagi nampak pelanggan beli aiskrim. Saya pun hairanlah, makan aiskrim pagi-pagi. Otak saya pun masih blur masa tu.
“Tengok orangnya macam kenal, rupanya cinta hati saya. Walaupun Long Distance Relationship (hubungan jarak jauh), usaha nak jumpa tu sangat mahal,” tulis Lia dalam video tersebut.
Video berdurasi satu minit 22 saat itu memaparkan Haziq tanpa mengenal waktu siang dan malam, mengayuh menuju ke destinasi demi bertemu gadis kesayangannya.
Selain meraih 418,000 tontonan, video berkenaan turut menerima lebih 1,000 komen dalam kalangan net1zen yang rata-rata memuji kesungguhan tunang Lia selain mendoakan hubungan pas4gan itu berakhir di jenjang pelamin.
Usaha dia memang A++
Penat tu! Hargai dia
Semoga sampai ke jenjang pelamin
Sumber: TikTok