Rumah usang yang diduduki 11 beranak terima nafas baru, proses renovate ambil masa hanya 10 jam!
tular di media sosi4l sepasang suami isteri menghuni sebuah pondok tanpa dinding bersama sembilan orang anaknya sejak hampir dua dekad lalu.
Prihatin dengan nasib yang menimpa terhadap 11 beranak tersebut, aktivis sosial kelahiran Sabah, Adrian Edy tampil menghulurkan bantuan dengan membaiki beberapa bahagian rumah uzur keluarga itu.
Menerusi hantaran yang dimuat Edy di laman Instaramnya, kesemua komponen rumah itu dibeli menggunakan wang sumbangan yang diberikan oleh rakyat.
Rumah Kasih Rakyat telah siap dibina selepas 10 jam hasil daripada kerjasama pasukan sukarelawan Edy.
“Hadiah Rumah Kasih Rakyat daripada Rakyat untuk keluarga kakak Vernnah di Kampung Rosob Pitas.
“Rumah Kasih Rakyat siap dibina, kita tampal semua bahagian dinding rumah, lantai yang reput kita tukar baru, zink yang rosak kita tukar baru.
“Kita juga buatkan satu lagi bilik buat anak-anak kak Vernnah, dan kita juga cat sekali dinding rumah mereka, semuanya siap dalam masa 10 jam.
“Edy dan 8 orang team bersama sama dalam misi ini, bergerak daripada Kota Kinabalu jam 2 pagi dan tiba di rumah kak Vernnah jam 6 pagi, masa tu mereka semua sudah pun bangun, terus mulakan kerja kerja baik pulih.
“Team dibahagikan kepada dua, satu team baik pulih dan satu team lagi bina bilik yang baru,” katanya.
Edy meluahkan rasa syukur apabila proses membaik pulih kediaman pasangan tersebut dipermudahkan dan anak-anaknya dapat belajar dengan keadaan yang lebih selesa.
Dalam pada itu, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bermurah hati memberi sumbangan dan boleh meneruskan niat murni itu untuk Misi Bantuan seterusnya.
“Melompat lompat mereka di dalam bilik baru, syukur selepas ni mereka lebih selesa sudah tidur, dapat buat kerja sekolah dengan selesa juga, ada lampu juga yang dipasang.
“Terima kasih semua rakyat yang menyumbang, harini kita berjaya ukir senyuman di wajah keluarga kak Vernnah,” ujarnya lagi.
Sumber: hm