Bell Ngasri Tak Auta Belanja Peminat Bebola Daging, Jawab Tuduhan Riyak Tanyang Trofi Bintang Paling Popular.”Yak Yak Yeayy”

Kenyataan gurauan mahu belanja makan tengah hari di bulan Ramadan sekiranya berjaya membawa pulang trofi Bintang Paling

Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang dibuat Bell Ngasri dituntut peminat pelakon dan pelawak berkenaan.

Enggan menghampakan permintaan peminat, Bell atau Ngasrizal Ngasri pada Selasa mengotakan janjinya dengan menyediakan hidangan bebola daging buat 100 peminat bertuah di seluruh cawangan Pak Mat Western Cafe.

Bell Ngasri tak ‘auta’ (menipu) geng, dia buat betul-betul kenduri.

Hari ini seluruh cawangan Pak Mat Western Cafe, 100 set meatball percuma!,” tulisnya di Instagram.

Bell cuba memenuhi permintaan peminat.

Bell turut memuat naik foto peminat yang sudah berbaris bagi mendapatkan bebola daging percuma di restoran tersebut.

Dalam pada itu, Bell turut melahirkan penghargaan buat restoran tersebut yang membantunya merialisasikan manifesto ketika mengadakan kempen mengundinya di ABPBH35.

Kata Bell, dia akan cuba sedaya upaya merialisasikan permintaan peminat bagi menggembirakan mereka yang telah banyak menyokongnya.

“Terima kasih buat @pakmatwesterncafe yang nak bantu saya serba sedikit untuk merialisasikan manifesto saya… terima kasih sangat.

“Insya Allah atas permintaan sikit-sikit saya cuba apa yang mampu,” katanya.

Sementara itu, menerusi hantaran berbeza di Instagram miliknya, Bell turut menjelaskan tuduhan dia kononnya bersikap riyak apabila mengusung trofi kemenangannya ke mana sahaja dia pergi.

Bell jawab tuduhan riyak usung trofi kemenangannya.

Jelas Bell, dia menanti selama 37 tahun untuk menerima penghargaan terbesar dalam karier seninya dan merasakan tidak menjadi kesalahan dia berkongsi kegembiraan itu bersama masyarakat.

“Bab tunjuk piala, bukan riyak tapi 37 tahun tak pernah pegang piala ABPBH, apa salahnya saya kongsi dengan masyarakat yang lalu lalang,” ujarnya.

Jumaat lalu, Bell mencipta sejarah apabila menerima trofi berkenaan selain memenangi kategori Artis Komedi Popular.

Ia merupakan pencalonan kali pertama Bell menerusi anugerah itu sejak bergelar pelakon.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *