Belakang Rumah Selalu Bau Busuk , Jadi Sarang Lalat , Rupanya Jiran Buang Makanan Basi Alasan Mahu Beri Burung Makan.
Jaga keharmonian dan ketenteraman sesama jiran merupakan satu tuntutan sekiranya kita hidup bermasyarakat.
Setiap orang haruslah memuliakan tetangga tanpa mengambil kira kepelbagaian budaya serta saling menghormati perbezaan agama tanpa mencetuskan konfl1k.
Tapi siapa yang tak panas hati jika ada yang bertindak luar batas hingga sanggup menjadikan kawasan rumah jiran sebagai tempat pembuangan sisa makanan.
Begitulah yang dialami seorang pengadu tanpa nama di grup Tanya Peguam di Fb apabila berdepan dengan situasi berkenaan.
“Salam semua warga Tanya Peguam, nak minta nasihat dan pendapat semua.
“Jiran suka buang sisa makanan belakang rumah saya. Katanya untuk burung makan.
“Masalahnya selalu makanan tu basi sampai dihurung lalat dan membusvk di situ,” luahnya dalam hantaran tersebut.
Menurut pengadu, dia sebelum ini sudah berulang kali memberi teguran kepada jirannya agar tidak terus melakukan hal sedemikian.
Namun bagaikan mencurah air ke daun keladi, ketenteraman kawasan kediamannya tetap diceroboh jiran tanpa rasa bersalah.
“Saya pernah bersemuka dengan jiran dan lepas saya cakap dia terus buang lagi.
“Kenapa perlu kotorkan rumah saya sedangkan dia boleh saja bagi makanan tu belakang rumah dia. Untuk makluman, kawasan belakang rumah ni bukan hak milik kami.
Buang dekat belakang rumah dia. Kalau dia tanya, cakap bagi makan burung.
“Sebelum pagar besi tu adalah kaki lima milik majlis perbandaran dan selepas pagar tu saya tak pasti, mungkin di bawah majlis perbandaran juga atau JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) sebab tepi parit,” jelasnya.
Buntu dengan masalah berlaku, dia mengajukan soalan kepada orang ramai untuk mendapatkan pandangan tentang langkah yang boleh dilakukannya.
Susulan itu beberapa net1zen tampil memberikan pendapat masing-masing sebagai usaha menyelesaikan masalah individu berkenaan.
“Boleh tanya majlis perbandaran untuk kepastian.
Komen net1zen pada hantaran asal.
“Buat sama macam dia juga, buang dekat belakang rumah dia. Kalau dia tanya, cakap bagi makan burung.
“Apabila jiran buang, awak ambil kamera dan rakam. Ambil gambar juga. Kemudian hantar dekat PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) sebagai bukti. Bagi kena saman sebagai pengajaran.
“Pasang CCTV kat belakang tu sebagai bukti jiran yang tak bertamadun tu buang sampah. Kemudian buat laporan PBT,” kata net1zen.
Sumber:hm