“Belajar Tak Pandai La Tu” Kerja Di Stesen Minyak , Gadis Sakit Hati Diperli Pelanggan.
Gara-gara bekerja di stesen minyak, se0rang gadis berkongsi pengalaman dirinya seolah-olah dipandang rendah selepas berdepan seorang pelanggan yang disifatkan sebagai bi4dab.
Menerusi satu hantaran video di aplikasi TikT0k, Izzaty Nazmi berkata, insiden menyakitkan hati itu terjadi ketika dia bekerja di kaunter stesen minyak tersebut sebelum didatangi seorang pakcik yang mahu membayar minuman dibeli.
Sakit hati diperli pelanggan
Gadis berusia 21 tahun itu berkata, pada mulanya dia cuba untuk bersikap positif selepas ditanya pakcik berkenaan sekiranya sudah menamatkan persekolahan ataupun belum.
“Time scan untuk membayar, tiba-tiba pakcik tu tanya.. adik, hang dah habis sekolah ka? Aku pun positif, mungkin dia nak cakap badan aku ni kecil macam budak sekolah lagi,” katanya.
Bercerita lanjut, Izzaty atau mesra disapa Zaty berkata, pakcik terbabit kemudian mula menyindir tentang tahap pendidikan serta gaji yang tinggi selain perkataan mengguris hati sehingga membuatkan dirinya terkedu seketika.
“Pedih ya, benda ni still sakit lagi dalam hati kalau teringat. Rasa nak menangis, marah, pedih. Tak sangka pakcik tu dengan nada yang biadab, dia boleh cakap.. ha belajar tak pandai la tu.
“Pastu dia cakap.. kenapa tak belajar tinggi-tinggi? Boleh la merasa gaji RM5,000 – 6,000. Belajar la tinggi-tinggi. Kerja petrol pam ja?” ujar gadis tersebut dalam loghat utara.
Malah, ketika mahu keluar dari pintu kedai, pakcik berkenaan juga mengandaikan bahawa gadis itu menerima gaji sekitar RM1,500 sebulan.
Video berdurasi tiga minit itu meraih 512,400 tontonan dan lebih 2,300 komen netizen yang turut berkongsi pengalaman ahli keluarga berdepan situasi sama selain meninggalkan kata-kata positif buat Izzaty.
Belajar tinggi belum tentu senang dapat kerja
Gaji tinggi, hutang keliling juga
Rezeki masing-masing la pakcik
Belajar tinggi pun, kalau tak beradab…
Anak saya jurutera, kerja bancuh kopi je
Sabar, bersangka baik saja
Hebat kesabaran awak!
Bukan saling mengenali, jadi siapalah kita untuk menilai kehidupan orang lain. Lebih baik sekiranya pakcik tu mendoakan yang terbaik, daripada bercakap perkara yang menyakiti hati.
Sumber: TikTok @izzatynazmii._