Bagaikan berjanji… Bekas wartawan Melodi mninggal dunia ketika tunggu jnazah mentua di masjid, sempat tinggal pesanan terakhir

Selepas pemergian ibu tercinta, seorang wanita terpaksa berdepan dugaan hebat apabila bapa kepada anak lelakinya pula dijemput Ilahi.

Lebih menyedihkan, kedua-dua insan itu dikebumikan pada hari yang sama.

Bekas suami, Muhammad Zamzuri Muhamad Zaini, 50, meninggal dunia ketika sedang menunggu jenazah ibu mentuanya, Rogayah Ahmad, 72, tiba di masjid pada Isnin.

Allahyarham Muhamad Zamzuri yang lebih dikenali sebagai Ayau merupakan bekas wartawan Melodi, TV3.

Ayau (berdiri, kiri) ketika sambutan Aidilfitri dua tahun lalu. Turut serta Alita (duduk, dua, kiri), ibu mentua (duduk, dua, kanan) dan anak lelaki (duduk, kanan).

bekas isteri Ayau iaitu Alita Aris, 49, masih terkejut dengan pemergian kedua-dua individu itu, yang mninggal dunia akibat ser4ngan jantung dalam masa selang sehari.

“Ibu saya meninggal dunia pada Sabtu, tetapi jnazah dikebumikan pagi ini bagi menunggu ahli keluarga balik dari luar negara.

“Saya fikir ini aturan Allah. Kenapa mak saya ditunda kebumi sehari, rupanya ada hikmah di sebaliknya. Hubungan ibu dan Ayau sangat baik, dan kedua-dua mereka dikebumikan pada hari yang sama,” katanya.

Menurut Alita, bekas suaminya itu menghidap s4kit jantung kira-kira 10 tahun lalu dan pernah terkena serangan str0k pada 2019.

“Saya nampak kedua-dua ibu dan Ayau pernah struggle menghidap kencing manis. Ibu saya sukar untuk berjalan, dan terpaksa pakai lampin pakai buang.

“Manakala Ayau sendiri meluahkan kekecewaannya kerana penyakit itu hingga menyebabkan dia mengalami masalah penglihatan, nak berjalan seorang diri pun susah.

“Paling sedih, dia tak nampak anak lelaki sendiri dengan jelas… kena tengok dekat-dekat. Saya yang selalu bawa anak untuk berjumpa dengan dia,” ujarnya.

Tambah Alita, kali terakhir dia bercakap dengan bekas suaminya itu pada pagi Isnin dan arwah memberi kata-kata semangat supaya bersabar atas pemergian ibu.

“Ayau pesan saya supaya bersabar. Dia juga beri semangat pada anak yang aktif bersukan. Mereka berbual pasal bola. Dia kata lain kali jangan takut nak score gol. Tutup mata, ingat daddy, shoot the ball,” katanya.

Alita dan Ayau mendirikan rumah tangga pada 2011 sebelum berpisah pada 2019, dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhamad Asyraaf Ziyad Muhamad Zamzuri yang kini berusia 12 tahu.

Ayau meninggal dunia kira-kira pukul 10 pagi Isnin selepas rebah ketika berada di Masjid Al Mujahideen di Damansara Utama, Selangor, bagi menunggu jnazah ibu mentuanya untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara.

Menerusi satu hantaran di Fb, Alita berkata, Ayau secara tiba-tiba pengsan dan dikejarkan ke Hspital KPJ Damansara.

“Kami membawanya ke Hospital KPJ Damansara, dan doktor sudah cuba menyelamatkannya selama lebih kurang 20 minit, tetapi gagal. Doktor percaya jantung Ayau sudah berhenti ketika di masjid lagi,” katanya.

Jenazah Ayau diuruskan di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang, Selangor kira-kira pukul 5 petang Isnin.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *