Bekas suami meningg4l dunia… Ieda Moin jaga hubungan baik hingga nafas terakhir, sedih anak hilang bapa tercinta
PEMERGIAN bekas suami pelakon Ieda Moin meningg4lkan kesan cukup mendalam buat anak perempuannya iaitu Nur Dhia Dania kerana kehilangan seorang insan bergelar ayah.
Ieda atau Siti Haida Abdul Moin, 44, berkata biarpun dia dan bekas suami iaitu Mohamad Naquib Idris atau lebih dikenali sebagai Qib telah berpisah, namun mereka masih lagi menjalinkan hubungan baik sebagai sahabat.
“Semalam (Isnin) hari yang amat memeritkan buat anakku Dhia kerana kehilangan insan bergelar ayah yang amat menyayanginya.
Ieda sedih anaknya telah kehilangan seorang bapa.
“Walaupun kami telah berpisah, hubungan kami tetap baik demi anak. Ibaratnya kami bukan ditakdirkan sebagai suami isteri tetapi sebagai sahabat baik,” katanya.
Ieda berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Selasa.
Dalam pada itu, Ieda memberitahu dia juga turut merasakan kehilangan kerana Allahyarham pernah berada dalam hatinya satu ketika dahulu.
Pelakon The Maid itu juga turut mengucapkan terima kasih buat suaminya iaitu Mohd Amril Gulkhan Abdul Rahman kerana telah membantu menguruskan pengebumian jen4zah.
“Saya juga rasa kehilangan arwah kerana arw4h pernah berada di dalam hati saya satu masa dulu. Kita tak boleh tipu.
“Terima kasih suamiku Amril kerana membantu anak kita, Dhia bersama-sama memandikan dan kafankan arwah sehingga selesai.
“Buat ahli keluarga bekas suami, saya ucapkan takziah kerana kehilangan anak dan adik lelaki. Tak lupa juga takziah buat isteri Allahyarham yang telah kehilangan suami tercinta.
“Terima kasih juga kepada semua yang hadir menziarahi Allahyarham termasuk rakan-rakan artis yang turut meluangkan masa datang menziarahi,” ujarnya.
Pada Isnin, Naqib telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam, Selangor pada pukul 8.30 pagi.
Menurut Ieda, bekas suaminya itu meninggal dunia secara mengejut apabila rebah di katil selepas mandi.
Ieda berterima kasih kepada suami kerana telah membantu urusan jenaz4h.
Sebelum itu, Naqib di masukkan ke H0spital Shah Alam pada Jumaat lalu kira-kira pukul 2 pagi akibat masalah j4ntung.
Jen4zah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Seri Gombak, Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Ieda mendirikan rumah tangga dengan Naqib pada 4 November 2006 dan bercerai talak satu pada 18 Disember 2014.
Sumbar; Mstar